Feeya Iskandar Selamat Bersalin Anak Ketiga Secara Normal, Tahniah!

Share

Penyampai radio, Feeya Iskandar atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, petang tadi.

Menerusi entri di Instagram, Feeya menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan untuk dirinya.

“so terjawab dah ye baby apa.

BOBOBOI kuasa 3

“alhamdulillah no 3 ni lain macam sikit ye keluarnya.sampai kena vacum sbb nya muka dia ke atas.

“tapi syukur mummy dan baby baik2 aja.terima kasih yg mendoakan. baby boy keluar secara normal sebelum maghrib tadi.3.38kg..,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada Feeya.

Untuk rekod, Feeya telah mendirikan rumah tangga bersama Nurashid Abd Wahab pada 6 Mei 2015.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Foto: Instagram Feeya Iskandar

IKLAN