Feeya Iskandar Pernah Nak Cuba Nasib, Teringin ‘Join’ Dewi Remaja – “Tak Sedar Diri Pendek, Jadi Simpan Sahajalah Angan-Angan Tu.”

Share

Penyampai radio, Feeya Iskandar membuat pengakuan pernah tanam hasrat untuk menyertai Pencarian Dewi Remaja anjuran Kumpulan Media Karangkraf suatu masa dulu.

Menerusi segment Gaya Suria di radio Suria FM, Feeya atau lebih mesra dengan panggila Cik Piah antara lain turut kumpul majalah dan Remaja menjadi antara naskhah yang diikuti ketika di bangku persekolahan.

“Kalau zaman dulu-dulu ada banyak majalah yang popular tau antaranya majalah URTV, Mangga lah dan banyak lagi.

“Tapi Cik Piah dulu suka sangat baca majalah Remaja, siap kumpul lagi dan simpan semua majalah tu dulu sebab dulu berangan nak masuk pertandingan Dewi Remaja.

“Memang dulu teringin sangat nak masuk Dewi Remaja tu,” katanya bersama pendengar.

Bagaimanapun, hasrat untuk memasuki pertandingan tersebut tidak kesampaian oleh kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan pada ketika itu.

“Tapi tak kesampaian Cik Piah nak masuk Dewi Remaja sebab tak cukup tinggi. Tak sedar diri tu pendek jadi simpan sahajalah angan-angan tu,” katanya lagi sambil seloroh.

Program pencarian Dewi Remaja yang dianjurkan oleh majalah Remaja itu merupakan antara sebuah program realiti yang popular dalam mencari bakat baru untuk mewarnai industri hiburan tanah air.

Antara selebriti terkenal yang lahir daripada program realiti tersebut adalah Jasmin Hamid, Didie Alias, Cha Alyahya, Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir dan ramai lagi.

Foto: Instagram Feeya Iskandar

IKLAN