Semalam mata terhenti seketika pada posting di Insta Story seorang penyampai radio wanita, Feeya Iskandar atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Piah.

Postingnya itu seolah-olah sedang meluahkan rasa geram tentang komen netizen terhadap bentuk tubuhnya yang dikatakan semakin berisi.

Dalam perkongsiannya itu Cik Piah turut menyatakan bahawa dia tidak kacau hidup orang lain jadi dia juga mengharapkan supaya tidak ada pihak yang cuba untuk ‘busy body’ tentang dirinya.

Terdapat lagi satu perkongsiannya yang tertulis perkataan ‘hilang sabar’.

Mengenali Cik Piah dengan mendengar celotehnya di corong radio, dia merupakan seorang yang sangat periang. Tapi kali ini apa dah jadi, sampai Cik Piah marah sampai macam ni?

Sebenarnya Cik Piah marah apabila ada yang menilai perubahan rupa fizikalnya dan mengeluarkan kata yang telah menyinggung perasaannya. Lagipun Cik Piah baru sahaja menimang cahaya mata sulungnya pada awal tahun ini. Dia dan suami dianugerahkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Adam Malique.

Justeru, nak kurus tu mungkin la ambil masa kan Cik Piah.

Perlulah sentiasa mengingati diri sendiri bahawa manusia itu tidak semuanya sempurna, anda yang mengata juga mungkin mempunyai tidak kesempurnaan pada diri sendiri.

Sumber: Instagram Feeya Iskandar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI