“Feeling…,”- Bergambar Bawah Matahari Terik, ‘Mak Buyung’ Shima Anuar Tetap Nak OOTD

Share

Menanti detik kelahiran anak kedua tidak lama lagi, pelakon Shima Anuar berkongsi fotonya yang kini hamil lapan bulan.

Foto tersebut melihatkan Shima mengenakan midi dress corak harimau bintang dan digayakan dengan kardigan berwarna kelabu.

“Feeling2 tengah panas dengan perut buncit. Hihi why not!

“Sebab baju ni pun selesa sangat. Where to get this maternity dress..? Just go to @9months_maternity ok mommies? More choices there. Have a good day everyone! 💋 #8monthspregnant,” tulisnya sambil bergambar di bawah panas matahari terik. 

Serentak dengan itu, netizen mulai memberi pandangan masing-masing.

Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi ibu beranak satu itu.

Terdahulu, Shima telah bernikah dengan Mohd Solih Toha, 41, pada 8 April tahun lalu.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan cahaya mata, Marian Sophia yang kini berusia dua tahun.

Foto: Instagram Shima Anuar

IKLAN