Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita popular, Fazura yang selalu mencuri hati penonton dengan setiap lakonan yang dilakonkannya.

Walaupun dirinya menjadi idola pada sesetengah masyarakat namun dia tidak pernah menganggap dirinya popular.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, berkata walaupun sudah lama dirinya bergiat dalam industri seni tanah air namun bagi Fazura masih banyak lagi kekurangan yang ada pada dirinya.

Fazura Tidak Pernah Anggap Diri Popular

IKLAN

“Sejujurnya saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai seorang selebriti popular.

“Saya mengakui masih banyak kekurangan dan perkara yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki kelemahan diri dalam bidang lakonan dan nyanyian.

“Saya juga merupakan seorang artis yang sendu-sendu saja kerana selepas selesai kerja saya akan habiskan banyak masa di rumah.

“Apa yang penting saya akan melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukan dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berlakon,” katanya.

Tambah Fazura lagi, kini dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang dan digandingkan bersama pelakon lelaki popular tanah air, Fattah Amin.

Drama ini bersiaran saluran Astro setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam dan drama ini juga merupakan sebuah adaptasi daripada novel karya Anjell.

[irp posts=”62″ name=” Saya Berani Kata, Fattah Bukan Pelakon Kayu” – Fazura”]

IKLAN

Antara barisan pelakon yang turut membintangi drama ini adalah, Uqasha Senrose, Zizie Ezette, Jasmin Suraya dan ramai lagi.

Untuk info, Fazura pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 menerusi watak Ifti Liyana dalam filem Manisnya Cinta di Cappadoccia arahan Bernard Chauly. Dia juga mengakui anugerah Pelakon Wanita Terbaik ini merupakan satu-satunya penghargaan yang diimpikan sejak bergelar anak seni.

IKLAN

Selain bergelar pelakon Fazura juga telah menjinakkan diri dalam bidang nyanyian dengan mengeluarkan single pertamanya yang bertajuk Sayangi Dirimu.Fazura Tidak Pernah Anggap Diri Popular

Sumber: Astro Gempak

https://youtu.be/Bm0IJFPr1Kw

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI