Fazura Tak Lupa Hadiah Baju Raya Buat Fasha Sejak Zaman Janda, Nilai Sahabat Sejati

Share

Mempunyai sahabat yang baik antara perkara yang terindah dalam kehidupan dan itulah yang dialami oleh pelakon Fasha Sandha.

Menerusi laman media sosial Instagram Fasha, dia telah berkongsi satu nukilan buat rakan artis, Fazura.

“Raya kan Sebulan Terima kasih sahabatku @missfazura @fazbulouscom untuk baju kurung ni. Cantik!

“Makan banyak masa raya pun tak nampak perut Semoga Faz dimurahkan rezeki selalu.

“Terima kasih sebab tak pernah lupa bagi baju raya dari zaman kita ibu tunggal sampailah dah jadi isteri balik.

“Faz tak pernah lupa bagi hadiah setiap tahun. Terima kasih . Terharu @daniraiyansandha”tulisnya.

Dalam pada itu, bintang filem Pisau Cukur itu telah membalas nukilan Fasha tersebut.

“Love youuuuu! Stay strong! Amazing things are coming your way InsyaAllah”balas Fazura.

Di samping itu, peminat turut mendoakan semoga persahabatan pasangan pelakon itu berkekalan hingga ke akhir hayat.

Foto : Instagram Fasha Sandha

IKLAN