Setiap insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang, pasti lebih akan merasai apa yang dimaksudkan dengan kehilangan.
Lebih 19 tahun tanpa kasih sayang seorang bapa, pelakon Nur Fazura Shariffudin atau sinonim dipanggil Fazura ada membuat perkongsian rasa, bersempena dengan ulang tahun kelahiran Allahyarham.
Menerusi perkongsian bintang filem Pisau Cukur itu, Fazura mendedahkan sisi keperibadian bapanya yang sangat penyayang dan penyabar.
“Al-Fatihah. Hari ini merupakan hari lahir arwah papa. He would’ve been 63 years old today! 19 tahun pemergian lelaki paling penting di dalam hidup saya pada 14hb September 2000 yang telah membesarkan, mendidik dan menyayangi saya lebih dari dirinya sendiri.
“Pemergian beliau secara mengejut membuatkan saya hilang kekuatan dan tempat bermanja. Sebagai anak perempuan tunggal dari 4 beradik, saya pastinya amat rapat dan manja dengan arwah papa.
“Arwah juga sepanjang hidupnya selalu bersabar dengan segala kerenah saya terutama sewaktu usia remaja. Tetapi sikap penyabar, sentiasa positive, penyayang, serta sering melihat orang lain dengan kasih-sayang itu akan terus menjadi panduan dalam hidup saya,” kongsi Fazura.
Malah, Faz juga ingat akan pesan yang selalu dititipkan dari arwah kepada dirinya.
“Arwah juga sering berpesan.. Sentiasa lah berbuat baik pada orang lain kerana perjalanan hidup kita masih jauh.. kita tidak tahu apa pula yang akan menimpa kita akibat kata-kata atau perbuatan tidak baik yang kita lakukan.
“Tidak mengerti bagaimana saya mampu teruskan hidup tanpa tempat bermanja dan hanya dengan memori papa, Allah SWT yang maha penyayang lagi maha mengasihani telah siap merancang pengganti terbaik yang dapat mengisi kekosongan itu,” maklum Faz.
Di samping itu, pelakon berusia 35 tahun itu turut menjelaskan, suaminya, pelakon Fattah Amin hampir sama dengan sikap bapanya.
“Abdul Fattah bin Mohd Amin lahir pada tahun 14hb September 1990, sepuluh tahun sebelum pemergian papa telah tertulis untuk menjadi imam, suami, tempat mengadu dan bermanja buat saya.
“Sifat-sifat yang ada dalam diri suami saya juga banyak menyerupai arwah papa. Sesungguhnya Allah SWT maha pengasih, maha mengasihani dan hanya Allah SWT perancang terbaik dalam kehidupan kita semua.
“Semoga kita sentiasa redha, sabar dan yakin akan ketentuan Allah SWT. I miss you every second and wishing you’d still be here with us, wishing I could shower you with everything you’ve given me all my life. I love you beyond words.
“Semoga kita bertemu lagi di Jannatul Firdaus. InsyaAllah.. Amin. Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat papa Faz ya? Happy Birthday my Papa forever.. Sharifuddin bin Adnan.”tulis Fazura.
Tugas menjaga bayi tidak semudah yang disangka dan tiada rujukan tepat bagaimana ragam si kecil harus ditangani.
Mengakui tertekan dengan fasa perkembangan anak pertamanya yang baru berusia sebulan, Dr Say Shazril mengakui, sukar mengendalikan bayi kecil kerana segalanya tidak boleh dijangka.
Malah, pengacara My Doctor ini juga tidak boleh lagi melakukan rutin harian akibat terikat dengan tugas sebagai seorang bapa.
“Topik : Saya Koyak. Terus terang sy cerita yg this is tougher than what i expect. Sy ingat things r gonna get easier with time but it doesn’t seem so.
“Sy xboleh brain mcm mana paternity leave kt Msia ni dpt seminggu ja pdhl sy amik sebulan off masih rasa x bersedia nk tinggalkan bini berdua ngn baby.
“Lepas sebulan konon sy rasa boleh rungkai dia but i was wrong sb baby sy teramat unpredictable. Satu hari perangai dia A keesokannya perangainya trus Z, satu masa die tdo 3jam skang setiap 1.5jam dh celik, satu masa die boleh tido sendiri skang kne dukung dkat 30minit baru lelap,” tulisnya lagi.
Pada masa sama, bintang iklan ini juga turut memberitahu beberapa aktivitinya turut terbantut dek cuba berusaha menjadi bapa terbaik.
“Dalam tempoh sebulan ni sy rasakan masa berlalu begitu sahaja. Sy xdpt nk reap full benefit of Ramadhan, xdpt bersenam langsung, xdpt nk plan my future ahead. No wonder sy baca bnyk kes suami xpulang ke rumah atau suami lepas tgn dkt mertua lpas isteri bersalin cz to be honest it’s tough & tiring.
“Sy tau sy yg patut be strong for my bini tp penangan baby ni lain macam. Acap kali bini sy paksa sy pegi kerja biar dia handle sorg spy sy bley take some time off from baby tp xsampai hati nk tinggalkan dia,” sambung Dr Say jujur.
Biarpun sukar namun doktor popular ini tidak mahu membebankan kedua orang tuanya dalam tugas menjaga si kecil.
“Kami xmau sshkan parents kami cz diorg pn dh berumur wlpn kami tau diorg xkn say no kalau kami minta tlg. Cuma membayangkan parents kami yg umur dekat 60-an jaga baby, xsampai hati dibuatny peeps. Adakah apa yg kami hadapi ni normal wahai parents2 di luar sana?
“Atau kalian smooth sailing sentiasa ngn baby kalian? Will things get better? Tolong peeps, sy rasa sy di ambang Postpartum Depression dah ni,” kongsinya panjang lebar.
Tanggal 19 Mei lalu, perginya seorang chef selebriti terkenal, Adam Mahamed Ismail menghadap Ilahi akibat jangkitan paru-paru.
Tidak sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Fatimah Omar Mukhlis yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham antara lapan anak saudara yang rapat dengan arwah ada berkongsi video.
Menggunakan akaun Instagram, thefamily.uk, video tersebut melihatkan kali terakhir arwah mengalunkan takbir raya pada tahun lalu, sambil dipangku Fatimah.
“Last Eid with Mamajee #malamraya Date: 14th June 2018 Time: 10.55pm Location: Manchester,” tulisnya.
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...