Fazura, Ramona Antara Yang Bangga Dengan Kejayaan Atlet Gimnastik, Farah Ann Raih Emas Sukan SEA Manila 2019

Share

Cemerlang dalam pasukan gimnastik artistik wanita negara di Sukan SEA Manila 2019 Isnin lalu yang diwakili ratu gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi dan Tan Ing Yueh berjaya meraih pingat emas dan gangsa dalam acara ‘all-round’.

Persembahan bertenaga mereka menerima sorakan kuat dari penonton di Rizal Memorial Coliseum selepas berjaya mengungguli keseluruhan dengan mengumpulkan 48.05 mata selepas tamat keempat-empat rutin.

Sekali gus, mengharumkan nama Malaysia dengan kejayaan mereka.

Bangga dengan kejayaan yang diperoleh, netizen dan selebriti telah menitip ucapan tahniah buat atlet gimnastik negara; antaranya Nur Fazura, Ramona Zamzam, Daphne Iking, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Farah,25, sebelum ini telah pun berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, memulakan persembahan dengan 12.55 mata pada melombol dan 12.45 mata untuk palang bertingkat, namun sedikit gugup di batang titian dan hanya mengutip 9.550 mata.

Untuk rekod, Farah pernah memenangi emas dalam acara berpasukan dan senaman lantai di Sukan SEA Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.

Foto/Sumber : Instagram Farah Ann, Astro Awani

IKLAN