Fazura Kongsi Video Fatima Terbersin, Kaletah Comel Raih Perhatian – “Copy Paste Muka Ayah Ni, Besar Nanti Cantik Macam Mummy Dia.”

Share

Selebriti cantik, Fazura ada berkongsi sepotong video pendek sambil memangku permata hatinya, Nur Fatima Aisya menerusi Instagram.

Video kandid dalam durasi kurang 10 saat itu merakamkan Fatima tiba-tiba bersin lalu disambut sapaan lembut daripada ibunya.

“Allah! Oh Fatima,” tulis Fazira bersama beberapa emoji pada ruangan kapsyen.

Lalu, video yang setakat ini sudah menerima hampir 500,000 tontonan itu mencuri perharian warganet yang seterusnya memberikan respon masing-masing.

Terdahulu pada Oktober tahun lalu, isteri kepada aktor Fattah Amin itu telah berkongsi berita gembira dengan memaklumkan cahaya mata sulung mereka sudah dilahirikan sempurna dan sihat.

Sementara itu seminggu selepas kelahiran, pasangan selebriti ini turut mengumumkan nama anak mereka pada akaun Instagram, @fattzuralovelife.

Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel ibu negara pada 27 November 2017.

Foto: Instagram Fazura

IKLAN