Ads

“Fazura Bukan Nama Asing Dalam Industri,” – Kata Neelofa Bila Ditanya Siapa Jadi Pencabar Terdekatnya Untuk Trofi Utama #AME2018

Pemenang trofi Anugerah Top Top MeleTop (kategori Wanita) dua kali berturut-turut di Anugerah MeleTop Era (AME), Neelofa mengakui Fazura dan pelakon baru, Farah Nabilah menjadi antara nama yang dirasakan menjadi pencabar terdekatnya bagi merebut trofi utama AME edisi kelima tahun ini yang dipancarkan secara langsung di Astro Ria dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.

Mengakui tidak sangka trofi bagi kategori tersebut masih lagi berjaya disandangnya, heroin drama rantaian, Ti Amo Sweetheart 100 Hari bagaimanapun mengakui sudah bersedia untuk memberikan jawapannya kepada pihak media sekiranya anugerah tersebut bukan menjadi rezekinya pada majlis anugerah tahunan itu.

“Betul. Memang tidak sangka malah saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan media sekiranya tidak menang lagi kategori tersebut,” katanya spontan kepada MH.

Ditanya siapakah pencabar terdekat dan apakah tidak yakin dengan kemenangannya pada AME2018 kali ini, Neelofa mengakui dunia hiburan semasa dipenuhi dengan pelbagai bakat yang memberikan lebih warna dalam industri, khasnya di kalangan generasi baru.

Ads

“Pertandingan yang sangat hebat. Fazura bukan nama asing dalam industri, lagi pula dia turut memenangi Pelakon Filem MeleTop. Itu yang membuatkan saya rasa tidak mustahil kalau dia memenangi kategori ini. Bukan fasal tak yakin, tetapi itulah realitinya,” kata Neelofa jujur.

Dalam perkembangan lain, Neelofa yang turut merancang untuk mengeluarkan barisan koleksi baru tudung bersempena raya turut bakal memperkenalkan kempen berkenaan dengan siber buli dan sedikit mengenai penyebaran berita palsu.

Ads

“Saya harap kempen ini akan viral. Misinya adalah untuk mengajar dan memberi kesedaran betapa pentingnya jangan salah gunakan kuasa media sosial untuk kecam orang lain.

 

Bukan saja kepada selebriti, tetapi juga terhadap orang lain. Kalaulah tak boleh henti, sekurang-kurangnya kita berharapkan boleh kurangkannya,” akhirinya.

Pada malam kemuncak AME2018, Neelofa turut memenangi Anugerah Pelakon TV MeleTop selain Anugerah Top Top MeleTop (Wanita). Sementara Fazura dan Farah Nabilah masing-masing dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori Pelakon Filem MeleTop dan Artis Baru MeleTop. Tahniah kepada semua pemenang!

Ads

Foto: Instagram Neelofa, Fazura & Farah Nabilah

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.