Fattah Tak Terasa Dengan Komen Que Haidar

Baru-baru ini, pelakon lelaki Que Haidar telah memberi komen tentang sikap pelakon-pelakon baru yang tidak serius dalam lakonan mereka.

Kata Fattah setiap selebriti mahupun peminat mempunyai hak untuk bersuara dan memberikan pendapat masing-masing.

IKLAN

“Bagi saya setiap selebriti berhak menyuarakan pendapat masing-masing begitu juga dengan peminat berhak menyuarakan pedapat atau komen masing-masing,” jelasnya.

Ditanya oleh pihak media adakah dia terasa dengan komen yang dikeluarkan oleh Que menerusi akaun Instagramnya tempoh hari. Fattah berkata dia tidak terasa.

“Dia tak sebut nama so benda ni very general, sama juga macam peminat kadang-kadang mereka ada memberikan komen yang tidak menulis nama pada siapa mereka tujukan komen tersebut.

 

“So bagi saya semua orang berhak tidak kisah selebriti atau peminat, mereka berhak memberikan komen dan saya tidak terasa,” terangnya lagi.

Terdahulu, Que menulis komen di Instagramnya menyebut sikap pelakon baru sekarang ini seolah-olah menghina aktor.

IKLAN

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

“Sikap ambil mudah dan sambil lewa mereka, seolah-olah menghina aktor.. (dari segi lakonan/ pemilihan skrip/ pemilihan siapa yg ingin diangkat sebagai pelakon) sy sgt terasa terhina…

 

“sy pernah mengupah acting coach sendiri kerana pihak produksi tidak menyediakan acting coach menggunakan wang payment yg dibayar pada sy dan sy juga pernah membuat persembahan monolog dirumah dan panggil rakan2 rapat menonton dan sekaligus bertukar pendapat tentang persembahan tersebut (skrip dan latihan sendri)..

 

“bagi sy, bila kita on set org akan pandang kita as a profesional actor.. nak belajar or bereksperiment dlm class, on set kita kena ‘JADI’.. tuan director takde masa nak ajar kita.. thats how serious i am as an ACTOR..please shows some respect, terutama pada kerja anda.. JANGAN JADI SAMPAH/PELACUR DALAM INDUSTRI INI!!! #aktor #anakseni #film #filem,” tulis kapsyennya.

Apapun seperti yang dikatakan Fattah, setiap orang berhak untuk memberikan komen dan pandangan mereka. Jadi buat semua pelakon baru di luar sana mungkin boleh mengambil komen Que itu untuk memperbaiki diri dan menjadi pelakon yang lebih bagus di masa akan datang.