
Pelakon Fattah Amin membuat kejutan apabila hadir di majlis pelancaran lagu Rasa & Takdir, hari ini dengan mengumumkan dirinya bakal melangsungkan pernikahan bersama penyanyi Amira Othman pada 14 September ini.
Menurut Fattah, keputusan ini dibuat selepas mereka melalui fasa perkenalan yang panjang dan kini bersedia melangkah ke alam rumah tangga.

“Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa saya ada di majlis pelancaran ini. Hari ini, saya dan Amira ada berita baik. Seperti semua tahu, kami adalah rakan sekerja.
“Setelah beberapa lama tempoh perkenalan, insya-Allah jika diizinkan Allah SWT, kami ingin menukar status tersebut menjadi ‘rakan serumah’.
“Dikesempatan ini, kami nak umumkan bahawa majlis pernikahan kami akan berlangsung pada 14 September ini. Kurang lebih seminggu daripada sekarang,” katanya ketika sidang media di Imperial Lexis, Kuala Lumpur pada Isnin.
Takdir & Rasa merupakan lagu terbaharu nyanyian Amira Othman bersama adiknya, Irfan Haris.
Majlis Ditayangkan Secara Langsung
Amira dalam pada itu memaklumkan majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Unifi TV 2.0.

“Setiap kali kita ditemu bual, kami sudah pun berjanji akan memaklumkan sekiranya kami akan berkahwin. Jadi, kami melunaskan janji-janji kami.
“Kami juga ingin menjemput anda semua untuk sama-sama menyaksikan majlis pernikahan kami ‘Setulus Takdir Fattah & Amira’ secara langsung di aplikasi Unifi TV 2.0. Ia boleh ditonton secara percuma,” katanya.
Sementara itu, Fattah memaklumkan persiapan sedang giat dijalankan dan dia berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menitipkan doa yang baik.

“Persiapan sedang berjalan kami mohon doa daripada anda semua supaya majlis ini berjalan lancar. Kita jumpa 14 September nanti.
“Terima kasih kepada rakan-rakan media yang selalu sokong dan doa yang baik-baik buat kami. Kepada para peminat, terus doa yang terbaik.
“Semoga doa kalian dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda. Semoga urusan anda dipermudahkan dan segalanya baik-baik sahaja,” akhirinya.
Sebelum ini, timbul spekulasi di media sosial bahawa Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Kredit Foto: Ako Imran
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




