Seperti yang semua tahu, tidak lama lagi drama adaptasi daripada drama bersiri popular Korea Coffee Prince bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Walaupun pada mulanya banyak kontroversi yang timbul sehingga membuat hero filem tersebut, Fattah Amin hampir give up dan ingin mengundur diri, namun mereka tetap teguh dengan perancangan dan terus ingin menerbitkan drama arahan Michael Ang ini.

Fattah Amin Ubah Kepada Gaya Jambu

MH Online sempat berjumpa dan bertanya sendiri pada tuan punya badan, mengenai perkembangan drama ini dan bagaimana keadaannya apabila digandingkan dengan Janna Nick yang terkenal dengan sikap kasarnya.

IKLAN

“Kami dah shooting hampir tiga minggu. Saya dengan Janna memang sudah berkawan sebelum ini, malah ada beberapa endorsement juga telah kami lakukan bersama. Jadi tiada masalah,” ujarnya.

Malah Fattah juga kata oleh kerana mereka sudah lama kenal maka mudah buat mereka berdua cuba sampaikan chemistry ketika berada di lokasi.

Fattah Amin Ubah Kepada Gaya Jambu

Apabila diusik adakah kali ini Fattah akan menimbulkan sekali lagi momen-momen ‘cinta lokasi’ dia segara menjawab mereka berdua lebih ke arah profesional.

IKLAN

“Eh, tak adalah. Tak ada masalah, dua-dua sangat profesional. Selain daripada kami ada lagi nama-nama besar seperti Fahrin Ahmad dan juga Diana Danielle ,” terangnya.

Fattah Amin Ubah Kepada Gaya Jambu

Dalam masa yang sama Fattah turut berkongsi tentang penampilannya kini yang agak berbeza dari sebelum dengan mengekalkan gaya rambut yang panjang, perwatakan jambu dan pakaian ala-ala gaya korea.

IKLAN

Menurutnya, oleh kerana drama ini agak popular dan ada pengikutnya sendiri jadi dia perlu mengekalkan imej yang serupa tetapi relevan dengan cuaca di Malaysia agar originaliti masih ada.

Fattah Amin Ubah Kepada Gaya Jambu

“Bila saya dapat tahu tentang watak ini, hero untuk drama ini punyai karakternya sendiri kerana ia remake daripada drama asal yang telah ditayangkan di Korea. Drama ini sudah popular 10 tahun yang lalu dan karakter itu memang sudah ada di mata ataupun di ingatan penonton yang dah tengok drama ni.

 

“Jadi apabila ia diadaptasi ke drama melayu, mungkin ada yang ingin karakter yang sama seperti original dan ada juga yang mungkin faham budaya yang berbeza.

 

“Lebih lagi tentang imej, ia lain. Jadi tidak mungkinlah kita nak pakai tebal-tebal tetapi Michael Ang, dia sendiri pandai menyesuaikan angle dari segi lokasi, pemakaian, penampilan.

 

“Malah saya juga sentiasa cuba untuk tampil berbeza dengan setiap penampilan dalam drama dan ini gaya Coffee Prince pula,” jelasnya lagi.

Apa pun MH Online ingin ucapkan all the best pada Fattah Amin dan mudah-mudahan drama ini berjaya melekat di hati penonton.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI