Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin yang juga merupakan rakan seangkatan Fendy Bakri menerusi pertandingan Hero Remaja 2012 turut merakamkan rasa simpati terhadap dugaan yang perkembangan kesihatan rakan seindustrinya itu. Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul berhubung status kesihatan pelakon drama Mr. Grey itu.

Kata Fattah kepada MH, dia berharap agar bintang tersebut terus cekal, tabah di dalam menghadapi ujian.

Fattah Amin Doakan Yang Terbaik Terhadap Perkembangan Kesihatan Rakan Hero Remaja Fendy Bakry

IKLAN

“Selain Syafiq (Kyle), Fendy juga kini berada di bawah pengurusan yang mampu uruskan sebarang spekulasi berhubung dengan masalah kesihatannya.

 

“Jadi saya turut mengharapkan yang terbaik buatnya,” akui Fattah yang turut mendedahkan, bintang asal Perlis itu merupakan antara finalis Hero Remaja yang paling rapat dengannya sepanjang pertandingan. 

Ditanya sama ada dia mengetahui ura-ura rakan finalis lain cuba mencari ikhtiar untuk mahu melancarkan tabung khas buat Fendy, pelakon My Coffee Prince itu belum mendengar mengenai cadangan tersebut.

“Setakat ini belum mendengar tentang hal mahu mengumpul dana untuk membantunya. Bagaimanapun, kalau ada sudah pasti saya tidak mahu lepaskan peluang untuk sama-sama membantu,” terang Fattah yang cuba mencari masa untuk melawat rakannya itu.

Dalam perkembangan lain, Fattah turut melancarkan single raya sulungnya, Syawal Kali Ini ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan di SACC Mall, Shah Alam pada Selasa. Menariknya, muzik video lagu berkenaan turut menampilkan bakat lakonan ibu bapanya.

IKLAN

“Lagipun klip video lagu ini merupakan karya pertama arahan saya. Tidak sukar untuk memujuk mereka untuk tampil dalam muzik video muzik Syawal Kali Ini memandangkan ibu sendiri sudah pun terdedah dengan dunia hiburan. Syukur, mereka turut memberi sokongan dan kerjasama yang baik.

 

“Malah pelancaran lagu ini juga adalah hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar produk wangian AJ De’ Parfum. Jadi selama dua tahun bergelar duta produk ini, secara rasmi saya juga telah bersetuju menjadi rakan kongsi perniagaan, sekali gus menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO,” kongsi Fattah yang kini sibuk di lokasi filem terbaru, Mat Kilau. 

Sementara itu, peminat boleh mendapatkan cakera padat (CD) single itu menerusi pembelian set yang disertakan wangian kereta jenama AJ De’ Parfum dengan harga RM35 setiap satu.

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI