Fatin Afeefa Kongsi Foto Dalam Tab Mandi Di IG

Share

Fatin Afeefa dilihat ada memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram yang menjadi perhatian ramai.

Dikongsi pada Ahad, foto tersebut memaparkan diri Fatin Afeefa sedang berendam dalam sebuah tab mandi dan mendapat hampir 83,000 tanda suka setakat ini.

Bagaimanapun, akses untuk meninggalkan komen pada entri berkenaan telah disekat oleh bintang Tentang Bulan ini.

“Minding my own business, as always,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sekadar imbasan, ibu kepada dua cahaya mata ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Adam Shaaz  Disember 2013 lalu.

Namun, keduanya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada 30 Mei 2017.

Foto: Instagram Fatin Afeefa

IKLAN