Fatin Afeefa dilihat ada memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram yang menjadi perhatian ramai.
Dikongsi pada Ahad, foto tersebut memaparkan diri Fatin Afeefa sedang berendam dalam sebuah tab mandi dan mendapat hampir 83,000 tanda suka setakat ini.
Bagaimanapun, akses untuk meninggalkan komen pada entri berkenaan telah disekat oleh bintang Tentang Bulan ini.
Ads
“Minding my own business, as always,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Pelakon, Ezzaty Abdullah kini sudah pun genap mencecah usia 30 tahun hari ini.
Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya, ibu kepada seorang cahaya mata ini ada menukilkan sesuatu untuk dikongsikan buat para pengikutnya di Instagram.
“Alhamdulillah dapat merasa umur 30 tahun hari ni. Ingat lagi masa kecik2 dulu selalu berangan dan pasang impian sebelum umur 30 MESTI kena ada suami, anak, spa or salon (both saya ada), kereta sebiji dan rumah sebiji (kunci belum dpt sbb under construction. Probably next year sbb stop construction utk PKP).
“Alhamdulillah lagi. Semua saya dapat capai. Allah tunaikan impian zaman kecil saya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur Ya Allah.
Tak salah berangan dan pasang impian.
“Tapi usaha tu yang penting and don’t give up! Byk sgt ujian nak capai semua ni tapi Allah sentiasa bantu. Jangan tinggal solat dan Al Quran. InsyaAllah have faith!,” tulisnya.
Penyanyi, Siti Sarah ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Sarah kelihatan sedang mengajar cara-cara untuk membuat hidangan roti canai.
Di samping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin ini turut berkongsi cerita yang pernah dilalui ya dirinya sekeluarga ketika berlakunya kegawatan ekonomi di Malaysia pada tahun 1997.
“Masa gawat 1997 dulu , abah antara org yg kehilangan kerja .. untuk besarkan kami anak beranak , Roti canai ni lah yg abah jual untuk membesarkan kami ..,” tulisnya.
Malah, peminat juga turut bersetuju dengan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh penyanyi berusia 35 tahun ini.
Untuk rekod, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Shuib pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Video: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam perkembangan lain, Fasha yang kini hamil sudah memasuki fasa trimester ketiga kehamilan.
Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin bersama ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal, 7 dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Foto : Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.