Fathia Latiff Sambut Hari Jadi Yang Ke-32, Serba Ringkas Tapi Stail Habis!

Share

Bagi anda yang pernah menonton drama bersiri Arianna Rose sudah pasti anda mengenali dengan pelakon jelita, Fathia Latiff.

Terbaru, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-32 tahun.

Lalu, bintang kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini telah berkongsi beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Fathia, hari ulang tahun kelahirannya disambut serba ringkas bersama rakannya, semalam.

“#it’smybirthday,” tulisnya ringkas.

Menarik perhatian apabila Fathia kelihatan sangat bergaya dengan mengayakan baju berwarna hijau ‘neon’ dan emas.

Untuk rekod, Fathia telah dilahirkan pada 1 September 1987 di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Foto : Instagram Fathia Latiff

IKLAN