Fathia Latiff Mohon Maaf Pada Produksi

Nampaknya nama Fathia Latiff mendominasi di media sosial. Tidak cukup dengan video viral menunjukkan aset dan berkemban, kini nama Fathia sekali lagi tercalar.

Nama Fathia telah sah digugurkan dalam sebuah drama terbaru, la Luna kerana gagal memberi komitmen dan mempunyai masalah disiplin.

MH Online telah menghubungi penerbitnya, Norazah Sahud untuk menjelaskan perkembangan lanjut mengenai perkara ini.

Munurut Norazah, bukan setakat Fathia gagal memberi kerjasama dalam soal kedatangan malah hadir ke lokasi penggambaran dalam keadaan tidak terurus dan tidak bermaya.

IKLAN

Pihak produksi juga terpaksa mengambil tindakan atas etika kerjanya yang menjejaskan production, TenView Sdn Bhd.

Selain itu, mereka terpaksa menyingkirkan Fathia dan mencari pelakon pengganti kerana enggan mengambil risiko lagi.

Ditanya siapakah pelakon ganti tersebut, pihak produksi akan maklumkan kemudian.

IKLAN

Apabila ditanya mengenai adakah akan serik untuk bekerjasama dengan Fathia lagi selepas ini,Norazah menjawab…

“Wallahua’lam “ katanya ringkas.

Dalam masa yang sama, pihak Fathia juga ada memohon maaf, tetapi tidak berusaha membuktikan kesungguhan, justeru namanya digugurkan.

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]