Semalam heboh mengenai pelakon jelita, Fathia Latiff yang memuat naik gambar ‘throwback’ tidak memakai tudung di laman Instagram.

BACA JUGA> Aduh, Kenapa Tiba-tiba #Throwback Gambar Tak Bertudung Tu Fathia?

Tak dapat dinafikan pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff, 30 sememangnya memiliki pesona dan keistimewaan yang boleh membuatkan orang ramai mengikutinya di media sosial.

Fathia Latiff Luah Rasa Kecewa Dituduh Kafir

IKLAN

Perkongsian Fathia semalam menyebabkan dirinya dikecam teruk sehinggakan ada individu yang melemparkan komen yang negatif termasuklah menuduh dirinya ingin menjadi kafir.

Fathia Latiff Luah Rasa Kecewa Dituduh Kafir

Komen tersebut menyebabkan Fathia kecewa kerana ianya sangat melampau. Yelah kan panggilan tersebut sensitif, apatah lagi jika ia ditujukan buat seseorang yang beragama Islam.

IKLAN

Fathia juga telah meluahkan rasa kecewanya dengan memuat naik gambar komen individu tersebut dan berkata ia melampau dan dia juga berkata janganlah sampai memangil dirinya kafir.

“Kalau ye pun tak setuju saya post gambar throwback tak bertudung, jangan la sampai panggil saya nak jadi kafir. This is too much sister. Kafir is very sensitif.” Tulisnya di laman tersebut.

Malah tidak tahan dengan komen yang melampau daripada netizen, Fathia nampaknya sudah memadam foto yang mengundang kontroversi itu daripada akaun Instagramnya.

IKLAN

Sabar ye Fathia , sudah menjadi lumrah setiap apa yang dilakukan oleh selebriti akan mendapat perhatian ramai, tapi mungkin ini boleh dijadikan pengajaran buat semua, jangan mengata sampai menghina.

Fathia Latiff Luah Rasa Kecewa Dituduh Kafir

Zaman sekarang kita bukan sahaja perlu menjaga mulut ketika berbicara, malah kita kena jaga jari jemari juga. Buat Fathia pula mungkin selepas ini, Fathia harus lebih berhati-hati apabila ingin berkongsi gambar maklum sahajalah, netizen zaman sekarang sering mencari point untuk mencari kesalahan setiap selebriti.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI