Fathia Latiff & Caprice Berbalah Di Instagram Pula, Apa Kes?

Aduh apa kes ni? Tiba-tiba sahaja MH dengar lewat malam semalam Fathia telah bergaduh besar pula dengan Caprice di Instagram!

Semua terjadi apabila Caprice telah menyelar tindakan Fathia yang kononnya melakukan provokasi terhadap video Iqram Dinzly.

Caprice yang terkenal dengan video-video berkongsi pandangannya di Instagram memberitahu Fathia tidak sewajarnya melakukan perkara tersebut kerana isu masalah mental ini tidak boleh dibawa main.

Not again. ??

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Namun Fathia enggan mengambil nasihat yang diberikan dan mula mengungkit sejarah lama…

Malah bukan itu sahaja, MH juga perasan dalam beberapa video Caprice, Fathia kelihatan ‘menyerang’ ruangan komen dan meminta Caprice untuk berhenti melakukan apa yang sedang dilakukannya sekarang mengulas isu-isu yang hangat diperkatakan.

IKLAN

Tambahnya, jika Caprice benar-benar ingin kongsikan pandangan dan muat naik juga, seharusnya Caprice berhati-hati dan jaga sensitiviti orang lain juga, jika tidak dia sama seperti orang lain yang hanya tahu menghentam.

Malah, Fathia juga meminta pengikut setia Caprice untuk menjaga diri apabila di minta untuk jangan menganggu Caprice.

Walaubagaimanapun Caprice tidak berdiam diri dan sentiasa memberi kata-kata ‘pedas’ kepada pelakon tersebut

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Malah, Caprice juga berkata lupakan semua sejarah yang pernah berlaku di antara mereka dan mengajak Fathia untuk berdebat

IKLAN

From now on, no more cupcakes!

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Dari pemerhatian MH pergaduhan ini bukan sahaja menarik perhatian netizen tetapi juga dalam kalangan selebriti.

Rata-rata mereka memberi kata-kata positif dan meminta kedua-dua mereka untuk tidak bergaduh seperti ini.

Antaranya seperti Lisa Surihani….

Apapun MH harap pergaduhan ini dapat di settlekan dengan baik. Tidak kisahlah sama ada Fathia atau Caprice hentikan provokasi sesame sendiri dan cuba cari jalan penyelesaian yang lebih mendatangkan faedah.