Fasha Sandha Kini Berhijab?

Share

Perkongsian terbaru Fasha Sandha di media sosialnya nyata menimbulkan persoalan di kalangan netizen.

Tampil manis berhijab, bintang ini memuat naik foto terkininya itu yang sekali gus menyebabkan netizen membayangkan aktres jelita ini sudah berhijrah.

Bukan hanya memenuhi watak dalam lakonan, Fasha turut membawa imej sopan itu ketika menghadiri majlis jemputan temannya baru-baru ini.

Netizen turut memuji isteri kepada Aidil Aziz ini yang kelihatan lebih manis apabila mengenakan hijab.

Sejuk hati melihat pasangan ini, sederhana namun terpancar riak bahagia.

Bagaimanpun, menerusi Insta Stories Ig yang dikongsikan sejak semalam, nyatanya pelakon versatil ini masih tidak mengenakan hijab kita melakukan sesi video call bersama salah seorang ahli keluarganya.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat Fasha sekeluarga.

Foto : Instagram Fasha Sandha

IKLAN