Walaupun bergelar ibu tunggal buat dua orang cahaya matanya Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima, pelakon Fasha Sandha terus melangkah maju demi anak-anaknya tanpa kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya. 

Fasha Sandha Doa Jodoh Kedua Dengan Lelaki Sebaik Ini

Namun kini nampaknya seolah-olah Fasha sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga kembali. 

Menerusi akaun Instagram Fasha sendiri, dia ada berkongsi sebuah video yang dimuatnaik semula daripada sebuah akaun lain dan di ruangan kapsyen pula dia menulis agar dia diberikan jodoh kedua.

“Sweetnya…Semoga Allah berikan Jodoh ke 2 ku dengan lelaki sebaik ini. Amin ??,” tulis Fasha.

Menerusi rakaman video yang dikongsi oleh Fasha itu, merakamkan pasangan mempelai yang baru sahaja selamat dinikahkan dan kelihatan si suami sangat malu untuk menyentuh tangan si isteri.

IKLAN

Kelihatan dalam rakaman video tersebut, si suami menitiskan air mata tatkala pertama kali menyentuh tangan pasangan hidupnya itu.

Rentetan daripada perkongsian Fasha itu, rata-rata pengikutnya telah meninggalkan komen agar doa Fasha itu dimakbulkan dan dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik seperti lelaki di dalam video berkenaan.

zairul_azmi: Allahumma aamiin @fashasandha

IKLAN

qasih_nur_ieyza_abdillah: Sy doa kn smga kak @fashasandha dpt jodoh y baik tbaik n soleh….dpt mdidik ke arah jalan y drdhai ALLAH…..org y bak untuk org y baik juga….

leyhadae: Amin sis,kami peminat sis doakan yg terbaik buat sis

kekabu_adikcomey: byk kali kita ulang tgk video ni..??..smoga kakak fasha bertemu jodohnya kali ke2 bersma org2 y beriman

IKLAN

Mari kita lihat video yang dikongsikan oleh Fasha.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Kami di MH Online juga turut mendoakan agar Fasha diberikan jodoh yang baik dan mampu membimbing Fasha serta anak-anaknya.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI