Fasha Malu-Malu Kucing Bila Tunang Jengok Di Set, Aidil Terus Seloroh Nak Beli Ladang!

Share

Amboi… romantik sungguh pasangan tunang, Fasha Sandha dan Aidil Aziz ni. Suka benar kongsi momen mesra mereka bersama. Memang pasangan serasi!

Kisahnya, pelakon lelaki berkenaan menjenguk Fasha yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama rantaian terbaru, Patah Sayap Bertongkat Paruh terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Fasha menerusi Instagram secara humor ada memberitahu, dia malu-malu kucing apabila mendapati si tunang secara tiba-tiba datang ke lokasi penggambaran.

“Pertama kali dia datang melawat tapak. Ibu shy2 cat. Terima kasih Pak Ngah,” tulis Fasha ringkas.

Lalu menerusi ruangan komen, bintang itu ada meninggalkan komen. Katanya;

“Datang nak melawat tapak, sekali Mak Ngah ada, terus nak beli tapak ladang dragon fruit ni…,” seloroh Aidil.

Lalu, balasan komen tersebut membuatkan rata-rata peminat terhibur selain mendoakan kebahagiaan keduanya.

Fasha sebelum ini ada memaklumkan perancangan mereka untuk berkahwin sekitar Mac depan kepada MH.

Foto: Instagram Fasha Sandha

IKLAN