“Saya tak kenal siapa dia.” Ringkas dan berbaur sinikal jawapan yang diberikan pelakon Farid Kamil saat diajukan soalan oleh pihak media mengenai dakwaan pengarah Syamsul Yusof bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya.
Farid ditanya tentang perkara tersebut sebaik selesai prosiding perbicaraan pertama kes permohonan penceraian yang difailkan Diana yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa.
Ads
Terdahulu, Syamsul menerusi sidang media yang diadakan pada minggu lalu berkata dia bakal menyaman Farid susulan kenyataan aktor itu yang mendakwanya pernah memukul seorang wanita yang dikenali sebagai Diana.
Farid menerusi Insta Story menyatakan nama Diana yang dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle dalam perkongsiannya sebelum ini.
Ads
Menerusi program bual bicara, Studio Sembang kelolaan pelakon Amelia Henderson, Diana mendedahkan dia pernah dipukul seorang lelaki yang merupakan bekas kekasihnya namun tidak menyebut nama mana-mana individu.
Untuk rekod, Syamsul dan Diana pernah menjadi pasangan kekasih sekitar 2005 sebelum hubungan mereka berakhir pada penghujung 2008.
Ads
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad, 10, Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Edika Yusof terkilan dengan sikap segelintir pengarah dan stesen televisyen yang gemar menilai kemampuan seseorang artis itu hanya berdasarkan usia semata-mata.
Menurut Edika, seseorang pelakon itu harus dinilai menerusi kemampuan sebenar untuk menjayakan sesebuah watak di dalam drama atau filem.
“Pada pendapat saya, seorang pengarah atau mana-mana media tv tak sepatutnya menilai seseorang pelakon itu tua atau slow dan tak layak memegang watak penting dalam sesuatu karya kerana peringkat umur mereka dah meningkat.
“Sebab kalau keadaan fizikal masih kuat dan boleh beraksi tiada sebab untuk dipinggirkan. Bakat kami disia-siakan, ada yang masih boleh beraksi seperti dulu,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon drama Projek: High Council ini turut mendedahkan mengenai senario industri lakonan tempatan yang mahu sesetengah pelakon membuat aksi lagak ngeri sendiri tanpa memikirkan mengenai risiko kecederaan.
“Untuk filem seperti di Bollywood atau Hollywood, pelakon lagak ngeri akan disediakan untuk aksi lasak kerana takut pelakon tercedera akan menggangu penggambaran.
“Di sini lagilah, selalunya kalau pelakon buat adegan lasak, nasib tak baik tercedera dan kita kena tanggungjawab sendiri. Kamikaze namanya. Pernah berlaku kepada diri saya sendiri. Insurance tak cover ya.
“Nama pun berlakon, jadi aksi-aksi lasak haruslah dilakonkan agar nampak lasak. Bukan buat real-real lasak. Kalau nak betul-betul buat real, dua tumbukkan padu di muka dah concussion pelakon tu.
“Koreografer aksi lasak itu sendiri kena bijak agar dapat merealisasikan kehendak karya itu,” ujarnya lagi.
Malah, Edika juga turut menyentuh soal bayaran yang tidak setimpal bila melibatkan pelakon-pelakon lama.
“Kenapa di sini, nilai artis yang meningkat usia di pandang rendah. Offer payment serendah-rendah yang mungkin kerana budget dah burst terpaksa bayar tinggi kepada leading yang muda mudi.
“Lagi lama pengalaman, lama tinggi gajinya tapi dalam industry perfileman di Malaysia ni, terbalik pula. Jadi secara jujurnya di Malaysia kita perlu tukar mindsets kita untuk memajukan lagi industri ini.
“Kena ada collaboration antara yang lama dengan yg baru berganding bersama. Setiap pelakon tak kira yg baru atau lama, ada peminat mereka tersendiri,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Edika turut menyeru kepada para pengarah untuk sentiasa bersikap profesional bersama para pelakon meskipun ketika berhadapan masalah.
“Industri perfileman kita ni kecil je. Jadi bersikap professional lah sesama kita dalam industri. Bersemuka dan berbincang la dengan baik. Be a gentleman/gentlewomen.
“Bila suka semuanya indah. Time tu yang busuk semuanya bau wangi, Boleh terima seadanya. Exited nak meminang boleh bersemuka. Kalau dah tak sudi pun always can slow talk nicely dan berbincang cerita masalah.
“Cari penyelesaian cara baik, win-win situation. baru cool,” akhirinya.
Sekadar informasi, Edika memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1989 menerusi drama Pelumba Malam.
Malah, pelakon berdarah Pakistan ini juga pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Maria Mariana, Awas dan XX Ray.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Edika Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Uqasha Senrose terkilan dengan segelintir pihak yang dipercayai membuat andaian tidak betul susulan insiden yang berlaku terhadap suaminya, Kamal Adli yang dipukul sehingga cedera parah dalam satu kejadian di Singapura, pada Ahad.
Uqasha menjelaskan meski individu yang memukul suaminya itu difahamkan warganegara Singapura, namun dia sesekali tidak menyatakan semua rakyat negara di negara itu sedemikian.
Tegas Uqasha menerusi perkongsian di Insta Stories, jika tiada perkara baik untuk dikatakan, dia menasihati semua supaya mendiamkan diri.
“Maaf kalau kali ini aku jadi mulut jahat atau puaka! Suami aku kena pukul dengan orang Singapura, memang warga Singapura. Aku sendiri tengok kad pengenalan dia.
“Tapi aku tak cakap semua orang Singapura jahat atau whatsoever! Lelaki yang libas suami aku pakai cota besi, dia siuman dan normal!
“Kalau tiada benda yang elok atau baik nak cakap jangan cakap apa-apa. Suami aku berdarah depan mata aku.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram dirinya sedang menangis dan memaklumkan suaminya telah diserang seorang individu lelaki tidak kenali sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Menurut Uqasha, ketika kejadian ada seorang lelaki yang mencari suaminya, menyangka lelaki tersebut seorang peminat Kamal yang ingin mengajak bergambar bersama.
Namun, secara tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan cota besi daripada poketnya lalu bertindak memukul Kamal.
Kamal kini sedang menerima rawatan di hospital Singapura dan terpaksa menjalani pembedahan.
Penyanyi Zayn Malik tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita selepas putus cinta dengan supermodel Gigi Hadid, 28, pada dua tahun lalu.
Terbaharu, penyanyi kelahiran British itu didakwa sudah kembali berteman apabila dia kini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi dan pelakon Selena Gomez.
Malah, kedua-duanya juga ‘ditangkap’ berciuman serta saling berpegangan tangan ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran mewah di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Hubungan mereka dikatakan serius selepas Zayn, 30, baharu sahaja mengikuti akaun Instagram Selena, 31, yang mempunyai lebih 400 juta pengikut.
Zayn mempunyai seorang anak perempuan bersama Gigi yang diberi nama Khai.
Biarpun tidak lagi mempunyai sebarang hubungan, namun kedua-duanya tetap bersahabat baik demi anak mereka yang kini sudah berusia tiga tahun.
Manakala, Selena yang juga merupakan bekas kekasih kepada Justin Bieber ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti popular lain seperti The Weeknd, Orlando Bloom dan Niall Horan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.