Semalam, pengacara dan pengulas sukan, Hafizal Hamad menyeru kepada peminat bola sepak tempatan agar memberikan ruang buat juru latih pasukan negara, Kim Pang Gon menjalankan tugasnya selepas kekalahan kepada Bahrain, Sabtu lalu.
Menurut Hafizal atau lebih mesra disapa Pak Long, Kim Pang Gon memiliki sijil kelayakkan tertinggi di peringkat Asia dan Eropah, malah dia juga tahu bagaimana untuk melaksanakan tugasnya sebaik mungkin.
“Kim Pang Gon Diploma Kejurulatihan Bola Sepak Profesional AFC dan UEFA Diploma kelayakan kejurulatihan bola sepak tertinggi di Asia dan Europah. Bagi la Pang Gon buat kerja dia,” tulisnya di Twitter.
Bagaimanapun, ciapan tersebut telah mendapat respon daripada seorang individu yang mengatakan mungkin sudah sampai masanya untuk Hafizal juga turut berundur dan tidak lagi bergelar pengulas di saluran Astro Arena.
“Macam Abang Hafizal la, dengan kualiti Abang sekarang, patut balik kerja dgn RTM. Dah jadi Dinosaur dah abg ni. Bagila budak-budak muda pulak jadi Pengulas Sukan Astro,” tulis individu berkenaan.
Tidak melatah, Hafizal sebaliknya menyifatkan antara faktor dirinya masih lagi relavan di media arus perdana adalah disebabkan berkat doa daripada keluarga dan sahabat handai.
Katanya lagi, kata-kata berbaur negatif ini tidak akan sesekali mematahkan semangatnya untuk terus memberikan yang terbaik didalam setiap tugasannya.
“Doa pada Allah untuk terus kekal bertahan dalam Industri. Kenapa aku boleh bertahan? Jawapannya keluarga dan sahabat. Kawan ni ramai tapi yang nama sahabat ni ada la berapa kerat.
“Hidup ni senang. Biar la apa orang nak kata pasai kita mampuih pi kat dia. Ayuh semua penuhkan Stadium Selasa ni. Misi mara ke Piala Asia,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Hafizal sebagai antara pengulas sukan terbaik di negara ini.
“Terbaik Pak Long. Saya suka cara Pak Long.
“Kami sentiasa support Pak Long steady.
“Host terbaik tetap Hafizal.
“Teruskan perjuangan Pak Long. Demi bola sepak Malaysia. Abaikan komen negatif.
“Hafizal boleh bertahan sebab nampak jujur semasa bertugas,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, selain bergelar pengulas sukan, Hafizal juga mempunyai hos bagi program Nindia Bola yang berisaran pada setiap hari Isninjam 8.30 malam bersama gandingannya yang juga merupakan bekas pemain bola sepak negara, Syukor Adan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Twitter & Instagram Hafizal Hamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru tiga hari ditayangkan, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah mendapat sambuatan luar biasa daripada kalangan peminat filem tempatan sehingga berjaya meraih jumlah kutipan mencecah RM7 juta.
Bagaimanapun, sama seperti filem-filem tempatan yang lain, karya arahan sutradara tersohor, Syamsul Yusof ini juga tidak terlepas daripada kritikan segelintir penonton.
Terbaru, pelakon, Nad Zainal berpandangan, sekiranya ada yang kurang senang dengan aspek-aspek didalam filem tersebut, tidak perlulah dicanang atau disensasikan sehingga menyebabkan orang lain hilang minat untuk menonton di pawagam.
Katanya lagi, jika sambutan luar biasa ini diteruskan lagi untuk filem-filem lain, tidak mustahil industri filem tempatan akan turut sama berkembang pesat seperti negara-negara lain khususnya di rantau Asia Tenggara.
“Tolonglah sokong filem tempatan. Kalau lagi ramai yang sokong, nanti banyak lagi filem begini. Petanda yang bagus bila ramai turun tengok sokong Mat Kilau siap berbusana tradisional.
“Kalau ada yang kurang, simpan dalam hati atau cakap dengan pasangan jelah. Tak perlu nak canang satu dunia bagi orang lain turn off. Support okay,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nad turut mendedahkan industri filem tempatan sebenarnya mempunyai pelbagai kekangan yang membataskan para penggiat filem untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi.
Jelasnya lagi, kekangan tersebut sebenarnya boleh diatasi sekiranya para penonton terus menerus menyokong filem-filem tempatan sama seperti yang mereka tunjukkan di filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.
“Macam ni, filem kita ni InsyaAllah kalau ada duit, masa untuk research dan waktu untuk pelakon berlatih, mesti lagi baik. Banyak kekangan.
“Tapi Insya Allah dengan sokongan kita semua, penggiat filem akan lebih bersemangat nak buat filem berkaitan sejarah atau berskala besar.
“Funder pun lagi ramai. Jadi, tolonglah sokonglah. Go Malaysia Go,” jelasnya lagi.
Sekadar informasi, filem sarat aksi ini dilaporkan berjaya mencipta rekod sebagai filem tempatan pertama yang mengutip RM1 juta pada hari pertama ditayangkan.
Mat Kilau kebangkitan pahlawan ini dibarisi oleh pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah, Syamsul Yusof akui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik klip video filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan secara haram di platform media sosial.
Menurut Syamsul, dia dan pihak penerbit tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya pihak tersebut tidak memadam klip tersebut dengan segera.
“Seperti yang anda lihat, saya baru je dapat klip ini daripada salah seorang peminat dan penyokong industri filem Malaysia.
“Dia bagitahu saya di akaun Tik Tok dan beberapa akaun lain ada memuat naik satu klip yang begitu panjang daripada filem Mat Kilau yang sedang ditayangkan pada hari ini.
“Jadi, tindakan akan diambil. Ini adalah satu kesalahan undang-undang. Tindakan keras akan diambil,” tulisnya.
Rasa berang itu, dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, tindakan seperti ini hanya akan merugikan industri filem tempatan kita sendiri.
“Saya bersama pihak penerbit dan berbincang dan pagi ini akan buat laporan polis.
“Dan kepada mereka di luar sana, saya mohon hentikanlah. Ini adalah satu kesalahan. Sekiranya anda ingin memuat naik klip filem ini, pastikan tidak lebih daripada 5 saat.
“Allahuakbar, tolonglah. Ini satu masalah besar. Kepada user Tik Tok ini bersedialah. Penatlah setiap kali saya buat filem, saya kena saman orang.
“Nanti anda kena tangkap dan boleh jatuh muflis. Tolonglah saya tak nak ada apa-apa masalah. Tolong bagi kerjasama. Tapi laporan akan dibuat,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan tersebut selain turut berharap agar insiden seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Medapat sudah. Gatal tangan sangat pergi rakam dalam panggung.
“Berat ni. Ini dah kira merompak.
“Baru sehari tayang. Respek la sikit.
“Terbaik bang. Jangan bagi muka.
“Demi content cari penyakit,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah meraih pencapaian luar biasa setelah mencatatkan kutipan mencecah RM1 Juta pada hati pertama tayangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...