All Star Championship 2025 terbukti sebagai pentas sukan tempur moden dengan gabungan sukan dan digital apabila 12 perlawanan tinju yang berlangsung Ahad lalu mencetuskan pelbagai kejutan, drama dan sorakan peminat.
Kejohanan sulung anjuran All Star Championship ini bukan sahaja menampilkan pertarungan sengit, malah mengangkat peranan sukan sebagai platform pelancongan dan digital.
Seramai 24 peserta bertanding dalam pusingan pertama, namun dua perlawanan terpaksa dibatalkan akibat kecederaan dan seorang peserta hadir lewat.
Walau begitu, gelanggang tetap menyaksikan pertarungan penuh semangat, termasuk beberapa keputusan mengejutkan.
Antara sorotan utama pada pusingan awal yang diadakan pada 21 September lalu ialah penampilan pelakon dan penyanyi, Fareez Fauzi, yang dianggap peserta underdog berjaya menumbangkan lawannya, Sonic.
Ia sekali gus membuktikan bahawa semangat dan strategi anak kepada pelakon senior, Fauzi Nawawi, ini mampu mengatasi jangkaan.
Ads
Sementara itu, pelakon Harris Aliff pula tewas kepada Izat dalam pertarungan sengit yang mencuri perhatian ramai.
Pempengaruh media sosial, Amir Harris, turut mencatat kemenangan bergaya apabila menewaskan Syahmihanya dalam tempoh satu minit, menjadikannya antara aksi paling pantas setakat ini.
Selain aksi di gelanggang, penganjur turut mengumumkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM270,000 bakal direbut sepanjang kejohanan ini, menjadikan All Star Championship 2025 antara platform tinju tempatan paling berprestij dan bernilai tinggi.
Ads
Angkat Sukan Tinju & Promosi Pelancongan
Menurut Penganjur All Star Championship, Dato’ Abd Rahman Soltan, edisi sulung ini menzahirkan dua matlamat utama iaitu mengangkat sukan tinju ke tahap lebih profesional dan pada masa sama mempromosikan Malaysia sebagai destinasi sukan dan pelancongan.
“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan pusingan pertama semalam. Kehadiran penonton memang luar biasa, membuktikan minat masyarakat terhadap sukan tinju semakin meningkat. Dari segi penganjuran, semuanya berjalan lancar.
“Ada peserta underdog yang membuktikan kemampuan mereka, manakala peserta pilihan pula tewas kerana mungkin strategi atau latihan yang kurang. Ini menunjukkan All Star Championship benar-benar kompetitif.
“Secara tidak langsung, All Star Championship mempromosikan pelancongan domestik apabila mereka hadir ke Malaysia, seterusnya menghasilkan kandungan digital yang menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),” katanya.
Ads
Dato’ Abd Rahman turut berharap pusingan seterusnya lebih sengit dengan tahap disiplin peserta yang lebih mantap, sambil menekankan harapan untuk melahirkan jaguh tinju baharu yang mampu mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Pusingan seterusnya All Star Championship 2025 dijadual berlangsung pada 4 Oktober, manakala perlawanan akhir akan berlangsung pada 18 Oktober 2025, yang dijangka menjadi kemuncak terbesar kejohanan dengan lebih banyak aksi dan kejutan menanti.
Untuk maklumat lanjut mengenai All Star Championship 2025, ikuti perkembangan di platform media sosial rasmi mereka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial Kasih bapa… Momen Fauzi Nawawi yang hadir beri sokongan kepada anaknya, Fareez Fauzi di pusingan awal All Star Championship 2025, pada Ahad. Tahniah, Fareez berjaya mara ke peringkat seterusnya, tidak lama lagi. All the best, moga ada berita baik, Insya-Allah! ✨💪🏼 #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ Fighters – OctaSounds
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berpendapat acara ‘Bachelorette Usrah’ yang dianjurkan untuk meraikan rakan artis, Amira Othman tidak sepatutnya dipertikaikan hanya kerana nama yang digunakan.
Menurut Nabila, selain keterujaan kerana dapat berkumpul bersama rakan-rakan terdekat, acara ini juga secara tidak langsung menjadi ruang untuk menuntut ilmu.
“Saya masih usaha perbaiki diri. Bukanlah malaikat. Tapi pelik bila orang kata buat bachelorette ada usrah.
“Pada saya, kenapa tidak? Asalkan kita gembira dan dapat ilmu sekali. Itu lagi sweet,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Peluang Kedua itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Malah, Nabila turut merasakan acara seperti ini boleh menjadi ikutan ramai kerana ia menyelitkan perkongsian ilmu dan bukan hiburan semata-mata.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain menyifatkan mereka yang kurang senang itu seakan mempunyai masalah hati.
“Dapat sweet, ilmu, memori dan paling seronok dapat pahala serta keberkatan daripada Allah yang Maha Penyayang dan Pengampun.
“Kita suka pemikiran seperti ini. Bachelorette tambah dengan usrah. Gembira dapat dan pahala pun dapat.
“Sebenarnya, haters memang sengaja cari celah mana lagi depa boleh masuk untuk mengata Amira. Itu je. Lainlah kalau buat bachelorette usrah dalam kelab malam, tempat konsert atau bercampur laki perempuan, barulah boleh nak kata salah.
“Makna bachelorette itu sendiri bermaksud wanita bujang atau belum berkahwin. Pada saya, tiada isu yang perlu dibangkitkan. Tambah-tambah pula buat majlis ilmu. Bukannya buat benda-benda yang dilarang pun.”
Sebelum ini, ada segelintir pihak yang mempertikaikan penggunaan nama ‘Bachelorette Usrah’ kerana merasakan ia kurang sesuai untuk sebuah majlis berbentuk kerohanian.
Bagaimanapun, pelakon dan usahawan yang juga individu bertanggungjawab merancang majlis tersebut, Betty Rahmad telah memohon maaf dan mengambil maklum mengenai keresahan netizen.
Sekadar informasi, Amira bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 14 September ini.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Threads Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perunding kewangan yang dikenali sebagai Mickey Ayo, yang didakwa rapat dengan aktres Nora Danish, akhirnya berkongsi sekeping foto bersama selebriti berkenaan.
Menerusi hantaran terkininya di Insta Stories pagi ini, Mickey memuat naik gambar mereka berdua yang dirakam dalam bentuk selfie.
Kedua-duanya kelihatan mengenakan persalinan sukan rona hitam, sambil Nora yang berkaca mata depan menunjukkan isyarat ‘peace’.
Malah pada hantaran berkenaan turut diletakkan lagu berjudul ‘Surat Hati’ dari Devano.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa yang baik-baik buat mereka. Antaranya;
“Cepatlah kahwin.”
“Sesuai.”
“Diaorang ni memang dah lama kawan pun.”
Terdahulu, perkongsian foto yang diambil Nora dan terselit wajah lelaki lengkap memakai kopiah bercermin mata menarik perhatian netizen di media sosial.
Ramai membuat spekulasi yang mendakwa Nora sedang mengenali seorang lelaki berkenaan yang dipercayai berstatus duda yang mempunyai dua cahaya mata itu.
Lebih menguatkan andaian netizen, Mickey turut dilihat menerusi video yang dimuat naik di Instagram sebuah jenama sampin memberitahu dia masih percaya bahawa cinta itu wujud meskipun sudah dua kali gagal dalam perkahwinan.
Bagaimanapun, Nora menerusi Insta Stories beberapa hari lalu menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga.
Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, menjelaskan, foto dan video viral yang tular di media sosial itu hanyalah sekadar kempen pemasaran produk yang tidak berkaitan dengan dirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mimi Ernida meluahkan rasa terkilan dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang didakwa mencipta akaun palsu menggunakan namanya untuk mengeluarkan kenyataan jelik serta menghina orang lain.
Menurut Mimi, dia sebelum ini pernah menegur, namun tegurannya tidak diendahkan.
“Saya mahu memohon maaf berkaitan isu akaun palsu ini. Ia perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Isu ini sudah berlarutan sejak sebulan yang lalu.
“Ia bermula daripada akaun palsu di Tik Tok. Dia ada buat tiga akaun palsu. Saya sudah tegur di DM dan dia ada memohon maaf dan bersetuju untuk padam akaun tersebut.
“Dia tak padam pun akaun itu dan dua sekat saya di Tik Tok. Dia menggunakan akaun tersebut dengan gambar saya untuk bercakap perkara-perkara yang mengarut dan menakutkan.
“Dia banyak mengeluarkan kenyataan yang tak elok. Dia ada masuk ke sesi siaran langsung kawan-kawan artis saya yang sedang meniaga. Dia juga menghina dan mencaci anak-anak yang cacat,” katanya.
Penjelasan itu dikongsikan Mimi menerusi sebuah hantaran video di Instagram.
Katanya lagi, perkara tersebut bukan sahaja menjejaskan reputasi, malah turut memberi kesan terhadap mentalnya.
Ekoran insiden itu, Mimi memaklumkan dia sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
“Hal ini sedikit sebanyak mengganggu emosi saya. Saya sibuk dengan jadual kerja dan meniaga. Dia juga ada menggunakan gambar kedua ibu bapa saya dan mendoakan perkara yang tidak baik.
“Kali ini, saya sudah ambil tindakan dan membuat laporan polis. Saya tidak akan mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan.
“Biarlah pihak berwajib yang melakukan siasatan siapakah di sebalik akaun palsu ini,” ujarnya lagi.
Mimi dalam masa sama memohon doa orang ramai agar isu ini dapat diselesaikan segera.
“Saya perlukan doa anda semua. Saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik buat saya. Tolong doakan semoga isu akaun palsu ini dapat diselesaikan segera.
“Mungkin sebelum ini dia terlepas dan rasa polis tidak akan dapat tangkap dia. Kalau Allah izinkan, segalanya boleh berlaku. Saya sudah simpan pelbagai bukti,” kongsinya lagi.
Selain itu, Mimi turut menggesa pihak Tik Tok mengambil langkah tegas bagi menyekat akaun terbabit.
“Saya harap pihak Tik Tok bantu saya ambil tindakan. Walaupun ramai sudah buat laporan tapi Tik Tok masih membenarkan akaun tersebut aktif.
“Sekali lagi saya minta maaf kepada semua pihak yang sudah dihina dan dicaci,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, nama Mimi pernah menjadi perhatian selepas ada pihak didakwa menyamar menjadi dirinya dan meninggalkan komen negatif terhadap orang lain.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mimi Erdina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...