Pasti anda masih ingat dengan pelakon, Fara Mendoza yang sebelum ini pernah hangat dengan kontroversi Fattah Amin dan Janna Nick bercium.

Hanya kerana gambar yang diambil oleh Fara dari sudut yang salah menampakkan dua pelakon tersebut seolah-olah memang benar sedang bercumbu.

Kali ini bukan isu tersebut yang mahu kami kongsikan tetapi menurut satu sumber, Fara telah membuat satu laporan polis kerana dipukul setelah mendapat tahu teman lelakinya sudah berkahwin.

IKLAN

Fara Mendoza Dipukul Selepas Dapat Tahu Kekasih Sudah Berkahwin

“Selepas agak lama kami berhubungan, saya mendapat tahu dia sudah berkahwin dan mempunyai empat anak. Hati saya terluka dan mahu mengenakan dia (untuk membuktikan dirinya sudah berkahwin) bersama tiga wanita lain yang pernah ditipu individu sama.

 

“Tetapi, seorang daripada wanita terbabit membocorkan rahsia kami sehingga membuatkan dia bengang dan berkomplot dengan beberapa rakannya mengenakan saya pula. Kononnya, mereka mahu bertemu dengan saya untuk memulangkan jaket.

 

“Tiba-tiba, apabila saya berjumpa dengan mereka, kekasih saya muncul dan mengasari serta memukul saya sampai lebam tangan. Dia juga turut menampar saya,” katanya kepada Berita Harian.

Fara Mendoza Dipukul Selepas Dapat Tahu Kekasih Sudah Berkahwin

IKLAN

Menurut Fara, kini seorang daripada mereka telah direman namun begitu teman lelakinya dikatakan melarikan diri.

Fara berkata lagi, dia berharap agar orang yang menganiaya dirinya mendapat balasan yang setimpal dan dia juga tidak pernah menyangka perkara sebegini akan terjadi kepadanya.

IKLAN

Dalam pada itu, pendedahan Fara di Instagram telah disalah anggap oleh sesetengah pihak yang beranggapan dirinya dirogol dan itu membuatkan dia sungguh terkejut.

“Eh, bukanlah! Bukan dirogol. Pandai-pandai saja mereka mengadakan cerita,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI