Uncategorized

Falisha Crossley Timang Cahaya Mata Perempuan

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Falisha Crossley yang telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 6 Oktober yang lalu.

Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Mat Moto: Kami Mat Moto, Bukan Mat Rempit, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.25 kilogram kira-kira jam 4.11 petang secara normal.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Falisha di akaun Instagram miliknya dan memberikan nama anaknya, Nur Raysha Mikhayla Mohamad Rafiq.

Falisha, 31, berkata setiap nama anaknya itu membawa maksud tersendiri iaitu Nur bermakna cahaya, manakala Raysha pula gabungan namanya dan suami yang membawa erti puteri atau pemimpin. Mikhayla pula membawa maksud anugerah Allah.

Di ruang kapsyennya, Falisha berdoa anak sulungnya itu membesar menjadi anak yang soleh dan berguna kepada masyarakat.

“Semoga Raysha membesar menjadi anak yang solehah, taat kepada perintah Allah dan mempunyai akhlak terpuji. Saya juga berharap dia akan mendengar kata dan menjadi cahaya yang menyeri hidup semua orang,” katanya.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Falisha dan puteri sulungnya di ruangan komen pada foto tersebut.

Malah rakan artis seperti Ezzaty Abdullah dan Amyra Rosli turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Falisha.

Terdahulu, Falisha dan suami, Mohamad Rafiq seorang juruterbang diijabkabulkan di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak pada 2 Januari lalu selepas enam bulan bertunang.

Kami di MH Online mengucapkan tahniah kepada Falisha dan Rafiq yang kini sudahpun bergelar ibu dan bapa.

IKLAN