Tahniah diucapkan buat pelakon Falisha Crossley yang telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 6 Oktober yang lalu.

Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Mat Moto: Kami Mat Moto, Bukan Mat Rempit, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.25 kilogram kira-kira jam 4.11 petang secara normal.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Falisha di akaun Instagram miliknya dan memberikan nama anaknya, Nur Raysha Mikhayla Mohamad Rafiq.

Falisha, 31, berkata setiap nama anaknya itu membawa maksud tersendiri iaitu Nur bermakna cahaya, manakala Raysha pula gabungan namanya dan suami yang membawa erti puteri atau pemimpin. Mikhayla pula membawa maksud anugerah Allah.

Di ruang kapsyennya, Falisha berdoa anak sulungnya itu membesar menjadi anak yang soleh dan berguna kepada masyarakat.

IKLAN

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ (a`udhu bi kalimatillahi al-tammati min kulli shaytaanin wa hammatin wa min kulli `aynin lammah)” Aku memohon pelindungan dgn kalimah2 Allah yg sempurna drpd segala gangguan syaitan dan drpd segala binatang dan drpd segala sorotan mata yg mbawa akibat buruk kpd yg dilihatnya.. #doabayibarulahir Alhamdulillah… Rizq? Its a girl! Meet mini me… NUR RAYSHA MIKHAYLA BT MOHAMAD RAFIQ ❤Nur- Cahaya ❤Raysha- gbgn nama mummy n daddy Rafiq+Falisha beerti puteri/pemimpin ❤Mikhayla- anugerah Allah Lahir Friday 6th October 2017 4.11pm- 3.25kg Semoga menjadi anak yg solehah, taat perintah Allah,akhlak terpuji, dgr ckp syg mummy daddy dan cahaya penyeri hidup semuaa org…?Amin

A post shared by Falisha Crossley (@falishacrossley) on

“Semoga Raysha membesar menjadi anak yang solehah, taat kepada perintah Allah dan mempunyai akhlak terpuji. Saya juga berharap dia akan mendengar kata dan menjadi cahaya yang menyeri hidup semua orang,” katanya.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Falisha dan puteri sulungnya di ruangan komen pada foto tersebut.

IKLAN

Falisha Crossley Timang Cahaya Mata Perempuan

Malah rakan artis seperti Ezzaty Abdullah dan Amyra Rosli turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Falisha.

IKLAN

Falisha Crossley Timang Cahaya Mata Perempuan

Terdahulu, Falisha dan suami, Mohamad Rafiq seorang juruterbang diijabkabulkan di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak pada 2 Januari lalu selepas enam bulan bertunang.

Falisha Crossley Timang Cahaya Mata Perempuan

Kami di MH Online mengucapkan tahniah kepada Falisha dan Rafiq yang kini sudahpun bergelar ibu dan bapa.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI