Fakhrul Unic Kongsi Doa Untuk Diamalkan Sepanjang Ramadan, Moga Bermanfaat!

Share


Ramadan bakal tiba, Fakhrul Unic menerusi laman Instagram miliknya berkongsi sebuah doa untuk diamalkan sepanjang bulan puasa ini.

Jelasnya, doa ini amat mustajab andai dapat diamalkan sebelum berbuka, malah dituntut pada 10 malam terakhir.

“Antara doa yang boleh dibaca time terawih nanti.

“Ya Allah Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Suka Memberi Keampunan, Maka Ampunkan Aku.”

“Antara doa yg boleh kita start2 hafal dah..nanti time terawih dah terer,”kongsinya.

Dalam pada itu, dia turut menjawab persoalan berkaitan solat terawih yang akan ditunaikan di rumah sepanjang bulan puasa.

Selamat menyambut bulan puasa.

Foto : Instagram Fakhrul Unic

IKLAN