Dapat berjumpa dengan pelanduk dua serupa adalah salah satu perkara yang sangat mengujakan. Itulah yang terjadi pada penyanyi terkenal Faizal Tahir yang dikatakan mempunyai ‘kembar’ yang aktif di dunia lawak.

Menurut Faizal dia diberitahu oleh teman-temannya seorang pelawak bernama Joe Azizi mempunyai raut wajah yang sama dengannya.

Faizal Tahir Harap ‘Kembar’ Tak Salah Guna Namanya

Sungguhpun begitu, Faizal langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelawak tersebut kerana Joe sentiasa menjaga nama baiknya.

Melalui satu temu bual, Faizal berkongsi harapannya agar pelakon tersebut terus menjaga imej dan jangan sesekali menyalahgunakan namanya.

IKLAN

“Ada orang beritahu yang ada seorang pelawak ini mempunyai wajah yang seakan-akan saya. Tapi saya tidak ada masalah jika ada yang mengenali atau melihat dia sebagai saya.

“Cuma saya harap dia tidak menggunakan kelebihan itu dengan cara yang salah sehingga menjatuhkan nama saya.

“Buat masa ini tak dengar lagi benda yang buruk tentang saya, jadi maknanya dia membawa imej dan wajah saya dengan baik,” jelasnya.

Faizal Tahir Harap ‘Kembar’ Tak Salah Guna Namanya Faizal Tahir Harap ‘Kembar’ Tak Salah Guna Namanya

MH Online difahamkan sungguhpun mereka tidaklah seiras 100% namun pelawak tersebut sering dikerumuni oleh peminat Faizal Tahir dan menjadi tumpuan perhatian setiap kali ditempat awam.

IKLAN

Walaupun sudah beberapa kali menafikan namun peminat tetap salah faham kerana wajah seiras mereka.

Memetik laporan terdahulu, Joe atau nama sebenarnya Aziz Ismail memberitahu pernah dikawal oleh rela kerana diserbu peminat untuk bergambar di sebuah majlis.
Faizal Tahir Harap ‘Kembar’ Tak Salah Guna Namanya

IKLAN

Bukan itu sahaja, ada juga yang menjemputnya ke rumah untuk makan tengah hari kerana sangkakan Joe itu adalah Faizal Tahir.

Haishh, walaupun ada sesetengah menafikan sekeras-kerasnya tetapi bagi MH Online memang muka mereka berdua ada iras cuma tidaklah terlalu sama.

Apa pun kami juga harap perkara yang sama seperti Faizal katakan, apabila dapat tempias seperti ini, janganlah Joe cuba mengambil kesempatan ataupun menyalah gunakan nama penyanyi terkenal ini ya.

SUMBER : mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI