Faaeq Fathian Nama Anak Lelaki Issey, Makna Pun Indah! – “Moga Jadi Anak Yang Tinggi Akhlak & Imannya.”

Share

Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, berkongsi nama anak pertamanya menerusi Instagram pada Isnin.

Sambil memuat naik foto permata hatinya yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu, Issey turut mendedahkan makna di sebalik nama yang dipilih.

“Faaeq Fathian Bin Fazlisham. Faaeq ialah tertinggi, ulama, terkemuka Fathian ialah kemenangan.

“Moga awak jadi anak yang tinggi akhlak dan imannya. Tambah tambah pulak kamu lahir pada tarikh ‘kemenangan’ kita, 31 Ogos 2021,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya turut sama tumpang gembira selain mendoakan agar Faaeq membesar sebagai anak yang soleh.

Untuk rekod, Issey mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi ialah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya.

Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.

Foto: Instagram Issey, Aimi Jamel

IKLAN