Eyra Hazali Kini Sah Hamil, Mohon Doa Yang Baik-Baik

Share

Terbaru, pelakon Eyra Hazali ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, Eyra telah berkongsi khabar gembira bersama peminatnya.

Bintang drama bersiri Mr.Grey ini memaklumkan dirinya kini sah hamil.

“Alhamdulillah,tak tahu mcm mana nk cakap tp sangat bersyukur. Doakan untuk kitaorang ye.

“Check out my latest video on youtube to see @haziqnadzli ‘s reaction

Dalam pada itu, peminat dan rakan selebriti memberi ucapan tahniah kepada Eyra dan suami.

Untuk rekod, Eyra bergelar isteri kepada penjaga gol bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli pada 3 November lalu.

Sehingga kini, entri berkenaan sudah pun ditonton lebih 430,000 kali. Tahniah buat pasangan!

Video: Instagram Eyra Hazali

Foto: Instagram Eyra Hazali

IKLAN