“Excited About Wedding Planning…,” – Bakal Adakan Majlis Resepsi Di Malaysia & UK, Dr. Amalina Terima Lamaran Kekasih Hati

Share

Pakar bedah, Dr. Amalina ada berkongsi sebuah perkhabaran gembira menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri di laman tersebut, Dr. Amalina memberi tahu bahawa dia telah pun menerima lamaran daripada kekasihnya itu.

Malah, doktor yang berpengkalan di London, United Kingdom itu turut mendedahkan bahawa dia sudah tidak sabar untuk membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya itu.

“Excited about wedding planning x2 (UK & Malaysia) #Engaged,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dr. Amalina turut memberi gambaran bahawa dia akan mengadakan dua majlis resepsi di Malaysia dan juga di United Kingdom.

Perkhabaran tersebut nyata menerima perhatian daripada pelbagai pihak selepah posting tersebut meraih hampir 43,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan komen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis dilihat begitu teruja sambil turut mendoakan agar segala urusan pasangan tersebut dipermudahkan.

Sumber: Instagram Dr. Amalina

IKLAN