Uncategorized

‘Ewww Adik Pun Agak-Agak Lah!’ Netizen Kritik & Pertikai Gambar ‘Mesra’ Fasha Sandha

Share

Bila sebut sahaja nama pelakon Fasha Sandha MH memang tak boleh nak menafikan lagi kecantikan semulajadinya.

Tambah pula malam tadi Fasha mengenakan pakaian ala pelakon Hindustan lagilah menyerlah keanggunannya sebagai seorang wanita.

Namun, dalam banyak-banyak gambar yang dimuat naik Fasha, nampaknya ada sekeping gambar Fasha bersama adik lelakinya menjadi perhatian ramai.

Rata-rata kurang selesa melihat gambar ‘mesra’ Fasha bersama adiknya Ikmal Daniels.

Walaupun semua sedia maklum mereka berdua merupakan adik beradik namun kebanyakan netizen kecewa kerana Fasha kelihatan tidak sensitif berkongsi gambar sebegitu.

Malah, ada yang berkata jika mereka berkesempatan untuk menangkap gambar dengan posing yang sama seperti Fasha pasti adik beradik mereka akan malu dan tidak mahu.

Dalam pada itu, ramai yang menegur Fasha untuk lebih berhati-hati dan menjaga batas pergaulannya bersama adiknya memandangkan adik lelakinya itu kini sudah dewasa.

Sebenarnya gambar tersebut tidaklah teruk seperti yang digembar-gemburkan, namun menurut salah seorang pengikutnya menjelaskan apa yang membuatkan ramai tidak selesa dengan gambar ini adalah apabila melihat ekspresi Fasha yang boleh membuatkan orang ramai salah tafsir.

 

Bagi MH, mungkin Fasha hanya berposing dan tiada niat apa-apa apatah lagi menimbulkan kontroversi. Tetapi selepas ditegur peminat, MH harap Fasha akan lebih berhati-hati apabila berkongsi gambar bersama adiknya.

Maklumlah, kini adik Fasha dah besar, bagi sesetengah pihak, tidak manis untuk dilihat apabila Fasha berposing ala-ala hero dan heroin filem Bollywood seperti ini.

IKLAN