Rasanya tidak perlu lagi MH perkenalkan siapakah juara Gegar Vaganza 4, namanya besar dan cukup berpengaruh dalam industri seni tanah air.

Janji Manismu, Tiada Lagi Tangisan, Bagai Camar Pulang dan Bahtera Merdeka mengangkat Wan Aishah binti Wan Ariffin ke satu level yang cukup tinggi.

Jika sebelum ini Aishah agak ‘menyepikan diri’ seketika, tetapi sejak kemunculannya di dalam Gv4 namanya sering di sebut kembali.

Ads

Buat individu yang lahir zaman 80an-90an mungkin masih mengenali dan ingat segala perkembangan tentang dirinya.

Tetapi buat Gen Y & Z, ini beberapa fakta tentang Aishah yang korang perlu tahu…

Ads
  1. Aishah mula menceburi bidang nyanyian sejak memenangi pertandingan nyanyian di Kuala Lumpur pada awal tahun 1983 dan ditawarkan menjadi artis rakaman Life Records.
  2. Mempunyai nama komersial lain selain Aishah iaitu Natasha Aminah kerana tidak mahu bapanya tahu kemunculannya dalam bidang nyanyian.
  3. Pernah ‘menghilangkan diri’ seketika dari kesibukan jadual nyanyian kerana gerak gerinya dapat dihidu oleh bapa kandungnya sendiri yang menentangnya untuk bergelar penyanyi.
  4. Melanjutkan pelajaran di New Zealand dalam jurusan Sais Politik di Universiti Auckland, bagaimanapun atas beberapa faktor Aishah hanya lulus dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.
  5. Pada tahun 1996 Aishah berjaya menamatkan pembelajarannya dalam bidang Ijazah Sarjana Sains Politik.
  6. Sepanjang di New Zeland Aishah sentiasa mencari peluang menyanyi dan memberanikan diri memasuki satu pertandingan Telequest dan mendapat tempat ke-3.
  7. .Pernah ditawarkan untuk menjadi vokalis utama Peking Man, sebuah band popular di New Zealand namun ditolaknya kerana tidak mahu dibayangi populariti vokalis asal Margaret Urlich, sebaliknya mahu membina identiti sendiri.
  8. Mula menyertai kumpulan Soul On Ice yang diangotai oleh salah seorang bekas juri Malaysia Idol, Paul Moss (gitar), Malcolm Smith (keyboard), Dave Larsen (dram) dan Glenn Peters (bass). Sejak kemasukan Aishah, kumpulan ini ditukar nama The Fan Club.
  9. Aishah sempat merakam dua buah album bertaraf antarabangsa iaitu Sensation (1988) dan Respect The Beat (1989).
  10. Kemunculan dan kejayaan Aishah bersama kumpulan ini telah mengemparkan industri hiburan. Bukan sahaja popular di Australia dan Malaysia, Aishah juga berjaya menembusi industri nyanyian Amerika Syarikat!
  11. Jangan tak tahu, lagu dari kedua albumnya diterima baik oleh warga hollywood hingga meletakkan lagunya di carta Billboard Hot 100. Sewaktu ini Aishah merupakan satu-satunya artis Malaysia berjaya mencapai kejayaan setinggi ini.
  12. Empat tahun bersama, akhirnya Aishah & The Fan Club membuat keputusan untuk berehat sebentar dan membawa haluan masing-masing.
  13. Selain Aishah, salah seorang ahli kumpulannya Paul Moss turut berhijrah ke Malaysia dan terus membina nama di sini.
  14. Pada tahun 1990, Aishah melahirkan album solonya yang pertama berjudul “Aishah” terbitan Adnan Abu Hassan hingga menembusi pasaran Indonesi, Singapura dan Brunei Darussalam.
  15. Kejayaannya terus memuncak sehingga album Aishah ii dan Aishah iii – Asia Sedunia di terbitkan pada tahun 1991 dan 1992.
  16. Dalam masa yang sama Album Aishah iii diterbitkan, The Fan Club mengistiharkan pembubaran mereka kerana masalah dalaman yang tidak boleh dielakan.
  17. Malang tidak berbau, Aishah telah diboikot oleh wartawan kerana merahsiakan perkahwinannya bersama salah seorang warga negara New Zealand. Perkara ini memberi kesan terhadap kerjaya seninya hingga dia menyepi seketika.
  18. Apabila semuanya reda, Aishah melahirkan album keempatnya, Klasik pada 1994 dan akhirnya menerima pengiktirafan Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Album di Anugeran Industri Muzik Ke-2.
  19. Pada 1995 Aishah pertaruhkan lagi bakatnya dalam Album Wajah dan album ini diiktiraf sebagai Album Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik di Anugerah Industri Musik Ke-3.
  20. Aishah pemperlahankan kerjaya seninya kerana hal peribadi. Sewaktu ini, Aishah dikatakan telah bercerai dengan suaminya dan melanjutkan pembelajaran di New Zealand.
  21. Pada 1997, Aishah telah meninggalkan syarikat rakaman Eony Music Entertaiment Malaysia dan menyertai EMI.
  22. Dengan adanya kemunculan penyanyi baru seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim dan Nora membuatkan persaingan semakin sengit.
  23. Pada tahun yang sama, Aishah telah menikahi seorang lelaki warga New Zealand bernama Muhammad Abdullah dan melahirkan anak kedua Ahzad Ahlami Muhammad.
  24. Pada 1998. Aishah tampil dengan album ketujuhnya berjudul ‘Tiada Akhirnya’ dan disusuli dengan album khas berkonsepkan hari raya. Sejak itu Aishah kurang dipromosikan dan terus ‘hilang’ di dalam industri.
  25. Sepanajang pengunduran dirinya dalam industri, Aishah sempat merakam dua buah lagu untuk lagu runut animasi Putih pada tahun 2001 iaitu lagu “Kasih Putih” dan lagu duet bersama M. Nasir berjudul “Senandung sayang”.
  26. Kemunculan Aishah dipandang sekali lagi apabila dia merakamkan semula lagu nyanyian asal Misha Omar “Tiada Lagi Tangisan” ciptaan Adnan Abu Hassan.
  27. Sejak itu, lahirlah album kelapannya iaitu Kurnia pada tahun 2006 hingga membuatkan dirinya kembali ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-22 dengan mendendangkan lagu “Kasihnya Balkis”.
  28. Namun pada tahun 2009, Aishah gagal mencuri perhatian peminat apabila melahirkan single terbaru “Yang Ada Hanya Kenangan”. Ada yang kata kerana kurangnya promosi dan sebagainya.
  29. Kemudian Aishah telah menarik diri dari syarikat rakaman tersebut dan bergerak sendiri.
  30. Sejak itu, Aishah mula aktif dalam dunia politiknya dan membuat keputusan untuk berdakwah bagi mempertahankan agama islam.

Fuhhhh memang selaute dengan apa yang dilalui oleh Aishah sepanjang bergelar penyanyi, bukan?

Ads

Sebelum itu, ini dia video pendek evolusi dunia nyanyian Aishah.

SUMBER : Wikipedia.org

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI