Pelakon Mawar Rashid tidak dapat memberikan ulasan susulan dakwaan dia dan suami, Yaakob yang dikatakan bakal bercerai.
Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid bagaimanapun menjelaskan dia dan Raf bakal mengeluarkan kenyataan berkaitan, pada esok (Khamis).
“Saya mohon maaf tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai isu ini.
Ads
“Doakan semoga semuanya dipermudahkan. Esok saya dan Raf akan mengeluarkan kenyataan,” katanya ringkas.
Terdahulu media melaporkan Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob 38, yang difahamkan sepatutnya hadir ke mahkamah syariah, pada Rabu.
Ads
Isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia mengambil keputusan membuka tudung.
Mawar, 28, melangsungkan pernikahan dengan Raf pada 9 November 2017.
Ads
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal menimang cahaya mata pada usia 55 tahun, penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie menegaskan tahap kesihatannya kini menjadi keutamaan agar dia dapat menjaga keluarga dengan baik.
Lantaran itu, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menasihati para suami yang sudah berusia untuk membuat persediaan dari segi kesihatan sekiranya mereka berhasrat untuk menimang cahata mata.
“Saya pernah bercakap dengan isteri, saya akan menjaga badan dan sentiasa memastikan diri sihat. Kalau tidak, bila hantar anak ke sekolah nanti, kawan-kawan dia ingat saya atuk dia pula.
“Ini merupakan satu cabaran buat individu yang sudah berusia bila mereka dikurniakan cahaya mata baharu.
“Jangan pula kau buat anak, selepas itu kau sakit. Kesian pada isteri dan anak itu. Tuhan beri saya cabaran untuk membesarkan anak ini dengan sihat dan baik.
“Kalau kita buat anak tanpa perancangan, pada saya, itu berdosa. Ibarat menganiaya isteri,” katanya kepada MH.
Awie berkata sedemikian ketika ditemui media pada sesi latihan kumpulan Wings bersempena Konsert Wings The Rock Emperor pada Selasa.
Ditanya mengenai reaksi anak-anaknya yang lain bila dimaklumkan mereka bakal dikurniakan seorang lagi adik, Awie memberitahu, mereka menerimanya dengan hati terbuka.
“Anak-anak ingat saya bakal sambut menantu. Rupa-rupanya bakal menimang cahaya mata. Anak-anak saya reda sahaja. Lagipun, bersama isteri saya ketika ini, kami baru punyai seorang anak.
“Dia juga ada bagitahu anak-anak lain, kalau boleh, dia mahukan seorang anak perempuan. Biar berpasangan. Kita doakanlah agar kandungan ini merupakan anak perempuan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Awie turut mendedahkan perasaan bergelar bapa pada usia sekarang amat berbeza jika dibandingkan ketika usianya masih muda.
“Sakarang, saya lebih perihatin terhadap anak-anak. Ketika umur 30-an dulu, perangai tak senonoh sikit. Masa itu, saya muda dan tak begitu melihat tentang keluarga.
“Ketika ini, saya tak boleh kalau tak tengok anak. Berpisah tiga atau empat hari pun boleh meleleh air mata. Saya lebih fokus.
“Dulu pergi penggambaran sebulan pun tak kisah. Macam tiada anak. Itu bezanya ketika zaman muda dan bila meningkat usia,” akhirinya.
Terdahulu, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung pada 2020.
Awie sebelum itu pernah berkahwin dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha. Mereka bercerai pada 1 November 2014.
Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semakin hari semakin ramai personaliti terkenal Hollywood yang lantang bersuara mengenai isu yang berlaku di Gaza.
Terbaharu, pelakon utama siri dan filem Sex & The City, Cynthia Nixon telah menyertai satu demonstrasi mogok lapar yang diadakan oleh gabungan aktivis antara agama di hadapan White House bagi menggesa gencatan senjata di Gaza.
Apa yang menarik mengenai aktres ini, dia memperkenalkan dirinya sebagai ibu kepada kanak-kanak Yahudi yang datuk neneknya adalah mangsa Holocaust. Ini kerana dua anaknya berketurunan Yahudi di sebelah bekas suaminya.
Bercakap kepada orang ramai, Nixon menyatakan, “Israel telah membunuh lebih ramai orang awam di sebidang tanah yang kecil daripada yang terbunuh dalam 20 tahun perang di negara Afghanistan.”
Dia juga menyatakan bahawa 1,200 orang Israel terbunuh dalam serangan Hamas dan menegaskan bahawa tidak satu pun daripada perkara tersebut adalah normal.
Selain memberi kesedaran dan menggesa gencatan senjata secara total dilakukan. Cynthia turut mengetuai aktivis yang lain membaca setiap nama dan umur rakyat Palestin yang terbunuh.
Simbolik pembacaan itu adalah untuk mengingatkan kepada masyarakat bahawa mangsa yang terkorban bukanlah sekadar nombor tetapi mereka adalah manusia yang memiliki jiwa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Akibat terlalu teruja dengan tayangan perdana filem Tiger-3, peminat bintang Bollywood, Salman Khan bertindak diluar kawalan dengan membakar mercun dan bunga api di dalam panggung wayang.
Menerusi video yang tular pada Selasa, sekumpulan peminat dilihat tidak berfikir panjang dengan membakar mercun ketika filem lakonan Salman itu sedang ditayangkan.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...