“Esok Lusa Kalau Tak Ada Instagram, Mana Nak Cari Gambar Balik?” – Sebab Che Ta ‘Save’ Gambar Bercuti Dalam CD

Betul juga kata Rozita Che Wan atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta yang mendedahkan, dia mengambil keputusan untuk menyimpan koleksi gambar-gambar bercutinya bersama keluarga kerana senang kalau mahu buat rujukan di masa depan, selain bimbang aplikasi perkongsian gambar tiada di masa depan.

Che Ta sebelum ini sedia dikenali sebagai antara selebriti yang akan membawa jurugambarnya sendiri bagi merekod dan mengambil gambarnya sepanjang bercuti, sama ada di dalam atau pun luar negara.

Akuinya kepada MH, kerana terlalu banyak gambar di dalam simpanan, dia terpaksa mengumpul dan simpan gambar berkenaan dalam bentuk cakera padat (CD).

IKLAN

“Setiap gambar percutian, saya akan simpan dalam CD. Akan tulis di mana lokasi ikut susunan. Sebab nanti senang nak cari kalau nak tengok balik. Esok lusa kalau tak ada Instagram, mana nak cari gambar balik. Jadi sebab itulah saya simpan dalam bentuk CD,” katanya ringkas kepada MH.

Ditanya mengenai berapa buah beg yang akan dibawanya setiap kali bercuti, Che Ta yang sedia dikenali sebagai selebriti yang spontan dan kuat berseloroh memberitahu, dia akan bawa beg lebih 70 kilogram!

IKLAN

“Sampai beg saya pun kena shipping. Dengan baju anak-anak lagi sebab saya memang akan tentukan apa yang mereka akan pakai setiap hari,” jelasnya jujur ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta projek perumahan Tunas Homes & Tunah Boulevard di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Foto: Instagram Rozita Che Wan