“Esok Lusa Hilang Lah Lemak Ni,”- Shaheizy Sam Tak Segan Pun Payung Perut Boroi, Siap Selfie!

Share

Baru-baru ini, pelakon Shaheizy Sam ada berkongsi foto terkininya di Instagram yang secara tak langsung telah mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, dapat dilihat fizikal pelakon filem polis Evo 2 itu kian berisi.

Malah, Sam juga tidak segan silu memuat naik gambar selfie sambil ‘tayang’ perutnya yang kian boroi itu.

“Demm laa. Baru siang tadi dalam hati dah berkata-kata, “esok lusa hilang la lemak ni”. Makanan, kenapa kau sedap sangat?,” tulisnya. 

Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap perubahan fizikal suami kepada Syatilla Melvin itu.

Terdahulu, Sam pernah berkongsi posting menerusi ruangan kapsyen pada entri tersebut, yang mengakui dia sudah bosan gemuk.

Untuk rekod, Sam mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Syatilla Melvin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Foto: Instagram Shaheizy Sam

IKLAN