“Esok Keluar Lagu Baru. Tergantung Sepi,” – Kata Netizen Pada Entri Sharifah Sakinah Posing Dengan Tali Gantung

Tidak dinafikan, Sharifah Sakinah ada selebriti yang tidak pernah ketinggalan menghiburkan para pengikutnya menerusi media sosial dengan foto dan video yang membuatkan ramai terhibur.

Meski agak lantang di dalam menyuarakan pandangannya mengenai sesuatu isu, namun ada ketikanya apa yang dikongsikan Sakinah mendapat respon positif netizen.

Baru-baru ini pelakon versatil itu ada memuat naik entri dirinya sedang posing dengan tali gantung yang rata-ratanya mendapat komen pelbagai netizen. Ada yang terhibur dan tidak kurang yang membayangkan setiap kapsyen yang ditulis aktres tersebut sebenarnya mempunyai maksud tersirat.

“This is fashion. Bukan nak gantung diri .Bukan gimmick budak social media zaman sekarang . I am feshonn,” tulisnya.

Lalu, kapsyen tersebut disambut dengan tawa netizen dan ini antara komen yang memang win!

IKLAN

Sumpah kelakar bila baca macam-macam komen yang diberikan pengikut Sakinah ni.

IKLAN

Foto: Instagram Sharifah Sakinah