“Esok Cucu Aku 20 Tahun, Aku Baru 62 Tahun. Moga Allah Panjangkan Umur,” – Enot Teruja Bakal Sambut Cucu Sulung

Share

Pelakon dan ushawan, Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah meluahkan rasa teruja apabila bakal bergelar nenek, menantikan kelahiran cucu sulung yang dijangka bakal lahir dalam tempoh dua bulan lagi.

Menerusi Instagram, bintang berusia 42 tahun ini berkongsi kapsyen panjang, yang antara lain tidak sangka bakal bergelar nenek pada usia muda.

“Assallamualaikum besar dah perut kakak lg 2 bln jer lg nak bersalin..2 bln jgk lah aku bakal ada cucu huhuhuhuh Dpt cucu pun kira rezeki untung org kata aku muda dah rasa ada cucu bsk cucu aku 20thn aku baru 62 thn hahhahahha in sha Allah smoga Allah pnjgkan umur aku.

“Aku panggil cucu aku #budakcheese sbb hr2 mak dia mngidam mkn #burncheesecake yelah dia lahir tahun tikus lah plak mmg hantu cheeselah.

“Alhamdulilah dia blum keluar lg mcm2 org bg kat dia murah rezeki.. sbb tu org kata setiap kt yg hdp Allah dah sediakan rezeki untk kt,rezeki mcm 2 bentuk Allah bg btl x? so korg mane nak wat review baju baby ke brg2 baby ke bole lh dm tokmamok dia ok hahhahaha gitew.

“Apa-apa pun mmg super xcited nak tggu dia keluar smoga Allah permudahkan segala2nya Aamin,” kongsi Enot panjang lebar pada entri yang turut memuat naik foto anaknya, Andriana Balqis,19, yang jelas menampakkan ‘baby bump’.

Terdahulu, anak perempuannya itu telah mendirikan rumah tangga Mac 2019 lalu.

Selain Andriana, Enot turut mempunyai seorang lagi anak gadis, Ariana Qaseh Qistina yang kini berusia 13 tahun.


Foto: Instagram Enot

IKLAN