Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira tidak menafikan tempoh lama dan penampilannya sekarang sedikit menjejaskan percaturannya di dalam mencari lagu baru yang sesuai.

Katanya kepda MH, sebagai selebriti yang bertapak sebagai penyanyi, sudah tentu dia merindui momen membuat persembahan dengan menyampaikan lagu baru. Bagaimanpun, sehingga kini dia masih tercari-cari lagu apakah yang paling relevan dan sesuai untuk dibawa.

IKLAN

“Saya bukan tak mahu lagi menyanyi. Kadang-kadang rindu itu ada, cumanya saya masih menantikan kalau ada lagu sesuai pada masa depan. Misalnya sekarang saya sudah mempunyai label pengurusan, jadi sebarang urusan mengenai sisi nyanyian turut dibantu mereka. Saya serahkan kepada kerjasama semua pihak,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Jendela Hati ini juga mengakui, situasi sekarang membuatkan inesiatif untuk mencari lagu baru agak sukar.

IKLAN

“Dengan keadaan saya yang berhijab, saya sendiri keliru nak nyanyikan lagu apa. Kalau nak diikutkan selera, saya suka lagu berentak fast, dance. Akan tetapi kalau diikutkan pula dengan majoriti peminat, ramai yang suka saya sampaikan lagu balada. Kalau lagu balada pun kalau boleh nak elak yang ada elemen ‘meratap’ ni,” seloroh Erra.

Ditanya mengapa mengambil pendirian sedemikian, pelakon filem Hingga Hujung Nyawa ini juga menekankan soal lirik sebelum bersetuju merakam sesebuah lagu.

IKLAN

“Kalau liriknya seperti ‘meratap dan jatuh tangga’, saya nak elakkan. Kalau lirik itu ada elemen kekuatan yang memberi semangat, saya okay. Kalau ditanya sesebuah lirik lagu itu ibarat ‘badi’ terhadap kehidupan seseorang, saya tidak percaya.

 

“Itu adalah ketentuan dariNya,” akhiri Erra ketika ditemui di majlis ramah mesra para pelakon Bikin Filem di The Strand Mall, Kota Damansara. 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI