Erra Fazira ‘Payung’ Wajah Tanpa Solekan,”Sebab Tu Lah Ratu Cantik.” Tetap Menawan Pada Usia 45 Tahun

Share

Beberapa hari lalu, primadona Erra Fazira mencuri tumpuan para pengikutnya di Instagram apabila ‘belanja’ wajah polosnya tanpa mengenakan secalit solekap bagi melakukan satu tutorial solekan.

Rata-ratanya kagum serta memuji penampilan bintang Sembilu itu menerusi IG TV berdurasi lebih empat minit itu meski sudahpun melewati usia 40-an.

Malah, ada yang memuji wajah pemilik nama Fazira Wan Chek itu yang kelihatan segar dan awet muda kerana memiliki kulit wajah mulus berseri bagai tidak dimakan usia.

Malah, rakan selebriti juga ada meninggalkan komen terhadap video hos program Mingguan Wanita itu.

Erra Fazira dilahirkan pada 9 Februari 1974 di Sungai Choh, Rawang, Selangor. Pada usia 18 tahun, Erra mewakili Malaysia pada pertandingan Miss World 1992 yang diadakan di Afrika Selatan.

Foto: Instagram Erra Fazira

IKLAN