• MH Terkini
  • MH Global
  • MH Lokal
  • MH Video
    • MH Lifestyle
    • MH News
    • MH Trivia
    • MH TOP 5
    • MHThrowback
    • The Stage
  • Borak seeNI
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. • Dikendalikan Oleh Astro GroupView Non-AMP Version
Media Hiburan
  • Homepage
  • Uncategorized
Uncategorized

Erra Fazira Jalin Silaturrahim Yang Baik Dan Seikhlasnya Dengan Laudya Cynthia Bella Demi Anak

18 Jan 2018
Erra Fazira Jalin Silaturrahim Yang Baik Dan Seikhlasnya Dengan Laudya Cynthia Bella Demi Anak
Share

Perpisahan bersama bekas suami Engku Emran Engku Zinal Abidin beberapa tahun lalu tidak pernah menimbulkan ralat buat Primadona Filem Melayu, Erra Fazira kerana baginya, masing-masing sudah matang dan mereka berpisah dengan baik.

Malah, mereka berdua turut mendoakan yang terbaik di antara satu sama lain dan apabila bekas suaminya itu berkahwin dengan aktres popular Indonedia, Laudya Cynthia Bella, Erra menyambutnya dengan hati terbuka.

Apatah lagi, doa dan harapannya untuk melihat anak mereka, Engku Aleesya mendapat ibu yang baik sudah menjadi realiti.

“Kami berpisah secara baik dan kita juga sentiasa mendoakan agar brkas suami saya (Engku Emran) mendapat isteri yang baik dan alhamdulillah dia sudah mempunyainya. Saya tiada masalah dan masing-masing saling menghormati kerana kami mempunyai matlamat sama iaitu mahu mendidik anak (Engku Aleesya) dengan sebaik mungkin. 

 

“Sejujurnya juga, saya tidak ada rasa kekok untuk berkawan dengannya (Cynthia Bella) dan saya ikhlas terima dia sebagai ibu kepada Aleesya. Saya pun akan sentiasa mendengar namanya dari Aleesya. Rasanya saya perlu menjalinkan silaturrahim yang baik dan seikhlasnya. Apatah lagi dia orang luar di sini. Bila datang sini, saya letakkan diri saya pada tempatnya. Kalau saya ke Indonesia, saya juga harapkan orang sana menerima saya. In order untuk orang baik dengan kita, kita baiklah dengan orang itu,” katanya optimis kepada MH.

Dalam perkembangan lain, Erra bersama syarikat pengurusan barunya  juga sudah merancang beberapa projek isitmewa, baik dalam lakonan dan nyanyian sepanjang tahun ini.

 

Published by
Rafiq Mazlan
18 Jan 2018

Related Post

  • “Bagusnya Abang, Im So Proud Of You,” – Raff Yaakob Keluar 3 Hari Demi Ilmu Agama, Mawar Rashid Sebagai Isteri Terharu Bangga
  • Shahrol Shiro Masuk Hospital, Bakal Jalani Pembedahan Resdung
  • “Jatuh Bangun Saya Dia Sentiasa Ada,”- Hampir 3 Kali Tunda Nikah, Remy Ishak Nekad Mahu Akhiri Penantian Selama 8 Tahun
  • Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumi, Shuib Lengkap PPE Turut Iringi Hingga Ke Liang Lahat
  • “Jenazah Akan Dikebumikan Bersebelahan Kubur Arwah Ibunya…,” – Shuib
    • MH Terkini
    • MH Global
    • MH Lokal
    • MH Video
      • MH Lifestyle
      • MH News
      • MH Trivia
      • MH TOP 5
      • MHThrowback
      • The Stage
    • Borak seeNI
    © Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. • Dikendalikan Oleh Astro GroupView Non-AMP Version