Selepas penampilan terkininya yang tidak lagi mengenakan hijab mulai menjadi perhatian,  Erni Nurshahira Khairul Zaman atau Ernisha akhirnya mengakui dirinya tidak lagi berhijab.

Malah, katanya seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, keputusannya itu dibuat kerana enggan mempermainkan agama.

View this post on Instagram

Weekend vibes of a girl in 80s era

A post shared by Ernisha (@ernishaaa) on

Pada masa sama, pelakon baru yang juga bintang media sosial ini juga tidak mahu dilabel sebagai wanita munafik atau hipokrit.

“Saya mengaku sudah tidak lagi berhijab kerana bukan mudah untuk membawa imej wanita muslimah.

“Saya akui sebelum ini saya memang ‘on and off’ berhijab hingga ramai mempersoalkan penampilan diri yang sebenar.

IKLAN

“Saya memang nak bertudung tapi sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah.

“Saya enggan dilabel sebagai wanita munafik atau hipokrit membuatkan mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.

“Kecaman yang diterima membuatkan saya rasa diri ini sangat jahat dan seolah-olah sedang mempermainkan agama,” katanya seperti yang dipetik..

IKLAN

Ernisha juga mendedahkan, keluarganya jga sentiasa mendoakan agar dirinya punya kekuatan untuk berhijab sepenuhnya selepas ini.

“Sudah tentu keluarga tidak boleh terima dengan keputusan ini tapi saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin dan memberitahu perkara sebenar.

“Syukur keluarga memahami dan sentiasa mendoakan supaya saya punya kekuatan satu hari nanti untuk berhijab sepenuhnya.

“Dulu pun ketika menyertai Dewi Remaja, ibu yang meminta saya berhijab kerana bakal mengintai peluang dalam bidang seni meskipun hati belum bersedia ketika itu.

IKLAN

“Saya sudah cuba tapi hidayah itu belum tiba,” jelasnya lagi.

Sementara itu, gadis ini juga mengharapkan agar netizen tidak lagi terus mengecam, sebaliknya mendoakan supaya imannya kuat untuk berhijab pada masa depan.

Ernisha kini turut mengintai peluang dalam bidang lakonan dan sudah membintangi beberapa drama bersiri serta telemovie di RTM selain aktif menerima tawaran sebagai hos.

Foto: Instagram Ernisha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI