“Entah Apa Agaknya Yang Dia Nak Goreng,” – Individu Ini ‘Cari Gaduh’ Dengan Pu Amin

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Abang Mut telah memuat naik status di laman sosialnya yang berbaur sindiran kepada penceramah bebas, PU Amin.

Tidak hanya berdiam diri, Pu Amin turut memuat naik gambar tersebut dan memberi kapsyen ‘positif’ kepada individu tersebut.

“Terima kasih .. Selama lamanya aku tidak berputus asa untuk mengingatkan ..

Yakin lah ini fenomena ‘ALARM’ dari Tuhan,” tulisnya.

Rata rata netizen telah memberi pandangan masing-masing dalam ruangan komen tersebut.

IKLAN

Terdapat juga segelintir netizen yang memberi kata-kata semangat kepada Amin untuk terus berdakwah.

IKLAN

Terdahulu, negeri Perlis dilanda ribut kuat pada Isnin lalu dan menyebabkan 92 rumah, 38 sekolah mengalami kerosakan teruk.

Antara kawasan yang terlibat ialah Mata Ayer, Bintong, Kayang, Beseri, Sena, Chuping, Kuala Perlis dan Pauh.