Setelah 13 tahun melayari kehidupan sebagai ibu tunggal, pelakon dan pelawak Enot Abdullah menjelaskan hatinya kini seakan ‘tertutup’ untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas dua kali gagal dalam perkahwinannya sebelum ini.
Menurut Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 44, kehidupannya kini bahagia dikelilingi anak-anak dan cucu tercinta yang sentiasa menceriakan harinya.
“Dulu masa umur saya belum mencecah 40 tahun, ada juga rasa nak cari pengganti… cuma lepas dah dapat cucu pada tahun lalu, keinginan untuk kembali berumah tangga itu dah tiada sampaikan ada orang tuduh saya lesbian.
“Anak-anak pun seperti keberatan untuk saya berkahwin semula. Sampaikan bila saya usik kata ada orang nak masuk meminang, anak-anak suruh saya fikir baik-baik dulu,” katanya kepada Media Hiburan.
Enot ditemui pada majlis sidang media festival jualan Ad Hoc Raya 2022 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini.
Ads
Selain itu Enot turut menjawab dakwaan mulut-mulut nakal yang mengatakan dirinya seorang lesbian disebabkan ‘keengganannya’ untuk kembali bergelar isteri.
Menurut Enot, sejak daripada kecil dia sudah terbiasa berkawan dengan rakan-rakan wanita yang berperwatakan seperti lelaki kerana mereka sama-sama belajar di Sekolah Menengah Convent Seremban, Negeri Sembilan.
Ads
“Memang ramai yang ingat saya lesbian tetapi ramai yang tak tahu dahulu saya bersekolah di Sekolah Menengah Convent Seremban. Jadi, kebanyakan rakan sekolah saya ramai berperwatakan seperti lelaki.
“Dulu di sekolah pun saya memang aktif bermain sukan softball malah kawan-kawan pun ada yang memanggil saya dengan panggilan ‘Abang Ali’. Setakat panggil ‘sayang’ sesama rakan wanita pun ia benda normal bagi kami,” katanya lagi.
Ads
Untuk rekod, Enot mempunyai dua anak perempuan iaitu Andriana Balqis, 21, dan Ariana Qaseh Qistina, 15, menerusi perkahwinan pertamanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Enot
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemenang American Idol musim ke-17, Laine Hardy telah ditahan dan diletakkan dalam tahanan polis tempatan Louisiana pada Jumaat apabila dituduh dengan sengaja meletakkan alat perakam suara di bilik dorm kekasihnya.
Jurucakap Louisiana State University mengesahkan bahawa penyanyi berusia 21 tahun itu telah ditangkap pada pagi Jumaat dan telah ditahan atas kesalahan pemintasan dan pendedahan wayar, komunikasi elektronik atau lisan.
Sebelum penahananya, Laine yang popular menerusi lagu Memorize You telah berkongsi perkara itu kepada umum di media sosial bahawa dia telah menerima waran tangkap dari bahagian Polis Louisiana State University dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
“Awal hari ini, saya menerima waran kerana dakwaan yang dibuat terhadap saya dan telah bekerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Polis Universiti Negeri Louisiana. Saya faham bahawa kerjaya saya telah mendorong saya menjadi tumpuan umum, dan saya menerimanya dengan sepenuh hati kerana seluruh dunia saya adalah milik muzik saya dan peminat saya.
“Namun, mengambil kira yang pendakwaan ini adalah kes sensitif, saya dengan rendah hati meminta privasi buat masa ini. Saya amat menghormati undang-undang dan akan membantu mereka apabila perlu maju ke hadapan bagi melakukan penyiasatan,” ujarnya.
Menurut waran tangkap yang diperoleh sumber, seorang pelajar Louisiana State University menemui perakam yang diaktifkan suara di bilik asramanya pada 6 April. Dia memberitahu polis bahawa dia percaya Laine yang merupakan bekas teman lelakinya, meletakkannya di sana.
Waran itu memaparkan garis masa di mana mangsa berkata bahawa dia telah menemui akaun Instagram palsu pada telefon penyanyi terbabit pada bulan Februari yang didakwa digunakan untuk menutup rakaman yang dia buat mengenainya ketika dia tiada. Dia didakwa mengaku meninggalkan “pepijat” di dalam biliknya, tetapi berkata dia kemudiannya membuangnya ke dalam kolam.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Penyanyi Ara Johari mengakui ada beberapa langkah tarian yang sepatutnya dilakukan menerusi muzik video single terbarunya, Sumpahan Salju tidak dapat dilakukan kerana terlupa ‘step’.
Menampilkan sisi muzik yang berbeza kali ini, Ara,25, atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari bagaimanapun cuba melakukan yang terbaik.
“Saya bukan malu nak menari. Sebenarnya, saya diberikan masa selama dua hari sebelum penggambaran untuk menghafal ‘step’ tarian.
“Saya akui tarian itu agak banyak dan panjang. Ya saya mencuba sehabis baik. Tetapi bila tiba waktu penggambaran, pengarah cakap ‘action’ je, ‘step’ tarian saya semua ke laut!” seloroh Ara kepada Media Hiburan.
Mengakui tidak berapa mahir menari, baginya agak sukar untuk menggerakkan tubuhnya sambil ‘lip sync’ ketika penggambaran muzik video berkenaan dijalankan.
“Apa yang mereka masukkan dalam muzik video, itulah ‘step’ tarian yang saya hafal, yang lain semua saya tak ingat.
“Saya mencuba untuk menari tapi saya bukan penari jadi susah nak ingat gerak tari sambil kena ‘lip sync’ untuk muzik video pada masa yang sama. Jadi saya pose je, kayu pun kayulah,” katanya lagi.
Sehingga kini, muzik video berkenaan yang dimuat naik di YouTube sejak tiga minggu telah pun menerima tontonan lebih 200,000 tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung susulan muzik video lagu raya mencolok mata yang dilakonkannya baru-baru ini.
Aliff pada masa sama turut meminta tidak mengaitkan ahli keluarganya berhubung isu hangat yang diperkatakan.
“Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu, video dan saya nak minta maaf banyak-banyak.
“Saya memohon supaya jangan babitkan keluarga saya, mak saya. Mak saya sedang mengerjakan umrah.
“Jangan salahkan isteri saya kerana dia tidak bersalah. Jangan salahkan bonda, bonda tidak bersalah,” katanya memetik Harian Metro.
Terdahulu, bapa kepada lima cahaya mata itu hadir memberikan keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Cyberjaya pada Selasa.
Aliff yang tiba di SKMM pada jam 9.58 pagi itu difahamkan telah memberi keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.
Sementara itu, Aliff juga berterima kasih kepada SKMM dan beliau sudah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.
Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...