Pereka fesyen jenama Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil berkongsi berita gembira apabila isteri tercinta, Hidayati Yahya kini sedang hamil empat bulan.
Perkara tersebut dikongsikannya menerusi entri terkini di Instagram.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Ruzaini turut mendedahkan penantian mereka yang diiringi doa dan kesabaran selama empat tahun dalam menantikan rezeki zuriat akhirnya dimakbulkan Yang Maha Esa.
“Tiada kata setinggi bahasa yang dapat kami coretkan untuk digambarkan perasaan syukur yang tidak terhingga dengan rezeki terbesar dari Allah S.W.T kepada kami.
Ads
“4tahun berdoa dan menunggu dengan penuh kesabaran, Alhmdulillah, doa kami, doa dari keluarga serta rakan2 dan semua mereka yang mendoakan telah Allah makbulkan 4bulan yang lalu.
“InsyaAllah akan kami pelihara rezeki dari Allah ini dengan penuh sulaman kasih sayang dan didikan agama selayaknya seperti yang dituntut.
Ads
“Kami dengan rasa rendah diri, ingin memohon agar semua rakan taulan dapat terus berdoa supaya bayi dalam kandungan ini cukup sifat, sihat walafiat dan diberi kecerdikan akal.
“Jika dia seorang lelaki, semoga menjadi Al-Fateh untuk agama dan negara, dan jika dia perempuan, semoga dia menjadi bidadari yang dirindui syurga.
Ads
“Untuk isteriku, moga selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kandungan zuriat kita bersama. in shaa Allah,” tulisnya.
Malah, ucapan tahniah serta dedikasi turut disampaikan rakan niaga yang juga sahabat baiknya, Rizman Nordin.
Rizman menerusi satu hantaran di platform sama turut menyifatkan perancangan dariNya begitu indah.
Pelawak dan pengacara, Harith Iskander bersama isterinya, Dr. Jezamine menjaga seekor anjing yang diberi nama Marvela.
Perkara itu dikongsikan Nurul Ain Abdul Hamid, seorang pencinta haiwan yang menjaga dan merawat haiwan-haiwan terbiar dan kecacatan fizikal.
Menurut Ain, haiwan tersebut merupakan anjing jalanan yang berkaki tempang akibat perkara tragis yang menimpanya pada satu ketika.
“Thank you @drjezaminelim & husband encik harith iskander sudi untuk menjadikan marvela sebagai temporary adopter @ anak angkat terima kasih sudi memberi kasih sayang pada marvela yang pada asalnnya adalah anjing jalanan yang mempunyai masa lalu yang sedikit tragis.
“Saya beritahu pada mereka bahawa berat untuk saya melepaskan sepenuhnya anjing pertama yang saya selamatkan ini ..tp saya sudi berkongsi kasih sayang.
“Saya diberitahu bahawa mereka akan jaga marvela untuk 3-4 minggu tapi saya beritahu saya tidak kisah bila bila mereka bersedia untuk hantar marvela dan bila bila mereka mahu ambil marvela balik rumah , dan andai kata mereka belum bersedia untuk menghantar marvela saya akan melawat marvela di sana.
“Saya diberitahu wheel chair marvela yang baru akan dibelikan oleh mereka. Dan mereka suka dengan kehadiran marvela dalam hidup mereka.
“Walaupun anjing ini dipandang benci oleh sesetengah masyarakat. Alhamdullilah masih lg ada yang menyayangi.
“Sedangkan dalam Islam kita diajar berbuat baik kepada haiwan, sedangkan dalam islam kita dibenarkan membela anjing untuk tujuan berburu menjaga kebun apatah lg perkara yang lebih mulia di mana kita menjaga anjing yang perlukan perlindungan dan menyelamatkan mereka, malah dalam islam diberi kemudahan sertu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ain menyifatkan bahawa haiwan juga perlu diberi kasih sayang kerana ia merupakan makhluk Allah.
“Marvela adalah anjing yang tidak mempunyai kedua dua belah kaki depan dan pernah dibuli dipukul orang dahulu.
“Semoga ramai lg orang yang terkenal membantu dan menyayangi makhluk Allah ini.. Amin InsyaAllah,” ujarnya.
A post shared by Nurul Ain (@nurullainabdulhamid) on
Sementara itu, Harith dan isterinya berkongsi video di Insta Stories yang melihatkan gelagat Marvela tampak ceria apabila dijaga dengan baik oleh pasangan selebriti itu.
Pelakon jelita, Raja Ilya tidak dapat pulang ke tanah air lalu terpaksa menyambut Aidilfitri di Perth, Australia berikutan penularan pandemik Covid-19.
Malah jelasnya lagi, jadual penerbangan ke Malaysia juga hanya dibuka bermula Julai depan.
Bagaimanapun semangat yang ditunjukkan suami, Trent Garret mengadakan rumah terbuka untuk keluarga dan teman rapat meraikan Syawal bersama.
Ia pada masa sama mengubat kerinduan kepada keluarganya apabila tettamu datang berkunjung.
“Sayu hati hanya Allah sahaja tahu. Saya tak dapat balik pulang ke Malaysia kerana tiada penerbangan. Kami sentiasa memeriksa jadual penerbangan, memang tiada sampai Jun. Bulan berikutnya, Julai barulah ada penerbangan ke Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun, jika saya balik pun, warga asing tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Suami masih lagi memegang status warga asing, jadi sudah tentu kami tidak boleh masuk.
“Nak tak nak, saya terpaksa membuat keputusan menyambut Syawal di Perth. Saya tak pernah berjauhan dengan ibu ketika menyambut Aidilfitri.
“Lebih mengundang sebak apabila ibu memberitahu, sambutan Aidilfitri berbeza kerana ini kali pertama menyambutnya seorang diri,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, pelakon berusia 35 tahun itu turut tidak melepaskan peluang dengan membuat panggilan video bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain pada pagi raya.
Berkongsi mengenai sambutan Syawal di Perth pula, Ilya berkata, Kerajaan Australia juga tidak membenarkan aktiviti berkumpul, jadi dia hanya menyambutnya secara sederhana sahaja.
“Bukan setakat di Malaysia, malah di sini juga tidak dibenarkan berkumpul lebih daripada 10 orang dalam satu masa. Apabila mengadakan majlis rumah terbuka, kami mengatur kehadiran tetamu mengikut masa.
“Kami jemput tetamu hanya sekitar 30 orang. Jadi, ada datang sebelah pagi, tengahari dan malam,” katanya lagi yang turut menjamu tetamu dengan juadah tradisi Melayu.
“Inilah kali pertama saya memasak untuk hidangan 30 orang. Saya tak pernah masak untuk orang ramai.
“Saya hidangkan makanan Melayu tradisional seperti rendang ayam dan daging serta ketupat. Lemang pula saya terpaksa beli lemang segera.
“Disebabkan saya tak jumpa biskut raya, jadi saya belajar dan buat sendiri. Pelbagai biskut raya saya buat, hanya satu tidak jadi iaitu putu kacang.
“Semua makanan tradisi saya buat sendiri, malah pencuci mulut seperti cendol pun saya hidangkan. Dapat juga saya perkenalkan makanan tradisi Melayu pada tetamu. Dari situ, mereka kenal kenal masakan budaya Malaysia,” jelas Ilya.
Di samping itu, dia dan suami turut menyemarakkan Aidilfitri dengan menggayakan pakaian tradisi.
“Kami membeli baju raya menerusi atas talian, mujur sempat sampai. Trent mengenakan baju Melayu dan saya pula baju kebaya nyonya.
Warga asing tak kenal budaya Melayu, kecuali dua tetamu berasal dari Malaysia, tetapi mereka menetap lebih 30 tahun di Perth,” kata Ilya yang sebelum ini turut mengatur segala keperluan ibunya menjelang raya.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon versatil, Rita Rudaini ada berkongsi cerita mengenai sambutan raya tahun ini bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9.
Meski disambut secara sederhana dan tidak berpeluang untuk menikmati Syawal di kampung halaman di Perlis atas situasi semasa yang berlaku, bintang cantik ini bagaimanapun tetap membuat persiapan pelengkap Aidilfitri.
Perkara itu dikongsikan Rita menerusi Berita Harian.
“Rayyan dan Arjuna sedih tidak dapat pulang bertemu dengan Mak Tok dan sanak saudara di kampung. Selain itu, mereka paling hiba tak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid seperti kelazimannya.
“Bagaimanapun, mereka faham dengan situasi COVID-19 yang melanda seluruh negara. Jadi, bagi memastikan Rayyan dan Arjuna merasakan suasana hari raya, saya beriya-iya menyediakan juadah raya walaupun kami bertiga sahaja.
“Anak-anak sukakan ketupat, hidangan wajib setiap kali raya. Mereka gemar makan bersama gulai daging air tangan Mama. Oleh itu, saya menempah ketupat dan memasak gulai daging sendiri mengikut resipi yang diminta daripada Mama,” katanya seperti yang dipetik.
Malah, dua anaknya itu turut menyangka ada tetamu yang bakal hadir mengenangkan menu yang dimasak dalam kuantiti yang banyak.
“Kerana terlalu banyak juadah dimasak, anak-anak menyangka ada tetamu datang ke rumah. Keluarga dan sepupu terkejut apabila melihat hidangan tersedia atas meja apabila saya membuat panggilan video.
“Mereka kagum melihat saya mampu memasak pelbagai jenis juadah, sedangkan selalunya saya hanya masak menu tertentu sahaja apabila balik kampung. Selebihnya, disediakan oleh Mama,” kata Rita.
Sementara itu pada pagi raya pula, Rita berkata, dia sebak apabila anak sulungnya menjadi imam untuk solat sunat Aidilfitri mereka di rumah.
“Kerana terlalu teruja mahu mengimamkan solat untuk ibu dan adik, Rayyan sibuk mencari maklumat panduan solat sunat Aidilfitri di enjin carian Google dan bertanya kepada ustaz.
“Alhamdulillah, Rayyan mampu menjadi imam yang baik biarpun baru berusia 11 tahun,” akuinya jujur.
Rita pada masa sama turut beri fokus terhadap perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lalu.
Sumber : Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.