Pemergian penyanyi Indonesia bersuara lunak, Emilia Contessa, pada Isnin, 27 Januari 2025 meninggalkan rasa duka dalam dunia hiburan Nusantara.
Disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Blambangan, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur, dia yang menutup hidup pada usia 67 tahun dilaporkan menghidap penyakit diabetes.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh adik bongsunya, Dino Rosano Hansa, ketika ditemui oleh media tempatan.
Jelasnya, arwah kakaknya itu dibawa ke RSUD pada jam 7 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) kerana mengeluh tidak sihat sejak malam sebelumnya lagi.
Kesihatan Emilia terus merosot dari waktu ke waktu sepanjang berada dibawah perawatan dan kemudiannya menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang WIB
“Jadi Allahyarhamah memang memiliki penyakit diabetes dan dari hasil pemeriksaan pasukan doktor yang merawat, tahap diabetesnya terus meningkat naik bermula dengan bacaan 400, 350 dan kemudiannya 500 sampai drop,” kongsi Dino lagi.
Kehebatannya dalam dunia seni membuatkan Emilia diberi gelaran Singa Pentas Asia oleh majalah Asia Week.
Selain itu dalam laporan lain, pelantun lagu Penasaran ini turut menghidap penyakit darah tinggi dan sentiasa mendapatkan perawatan untuk kedua-dua sakit yang dihidapinya.
Imbas kembali, Emilia atau nama penuhnya, Nur Indah Citra Sukma Munsyi, memulakan kerjaya dalam dunia seni sejak berusia 12 tahun lagi sebagai seorang penyanyi.
Dia kemudiannya mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan dan menjadi antara pelakon terkenal di Indonesia.
Sekadar info, Emilia pernah berduet dengan penyanyi popular Malaysia, Liza Aziz, dalam sebuah lagu bertajuk Dari Jauh hasil ciptaan Ross Ariffin dan Amran Omar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak Polis kini masih memburu suspek yang disyaki telah membunuh pelakon, Sandy Permana, pada 12 Januari 2025.
Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya, Pesuruhjaya Kanan Ade Ary Syam Indradi berkata, ketika ini pihaknya sudah meneliti empat saksi yang melihat kejadian itu.
Antara empat saksi tersebut termasuk isteri kepada suspek yang yang didakwa bergaduh dengan mangsa sebelum meninggalkannya di tepi jalan.
“Ada empat orang saksi termasuk seorang ibu yang melihat mangsa bersama seorang saksi yang disyaki bergaduh, kemudian yang bergaduh dengan mangsa menjeling dan akhirnya berlalu pergi,” kata Ade Ary yang ditemui wartawan tempatan di Balai Polis.
Menurutnya lagi, saksi kedua merupakan isteri suspek tersebut yang dilihat bergaduh dengan Sandy manakala dua lagi saksi merupakan seorang pengawal keselamatan dan dan jiran mangsa yang turut menyaksikan insiden malang itu.
Meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, pelakon yang popular menerusi siri televisyen Misteri Gunung Merapi 3 (Mak Lampir) itu ditikam berkali-kali menyebabkan dia kehilangan darah yang banyak.
“Berdasarkan siasatan di tempat kejadian, terdapat luka di bahagian kiri kepala berukuran 3 cm lebar dan 1 cm panjang, luka di belakang telinga kiri berukuran 4 cm panjang, 3 cm panjang calar, dan luka pada pipi kiri dan juga luka koyak di perut kiri,” jelas Ade Ary lagi.
Sehingga kini pihak Polis masih lagi memburu suspek yang dikatakan lari dari tempat kejadian dan isu mengapa mereka bergaduh belum diketahui.
Sandy memulakan kerjayanya menerusi pertandingan pencarian model sebelum terjun ke dunia lakonan. Dilahirkan pada 30 Jun 1979, dia meninggal dunia pada usia 45 tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular lagu Awan Nano, Hafiz Suip, tidak menafikan bahawa tindakan memadamkan akaun Instagramnya tahun lalu sebagai satu kesilapan.
Hafiz, 35, menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat dalam keadaan emosi yang tertekan, disebabkan masalah yang dihadapinya pada ketika itu.
“Jujurnya saya akui padam akaun IG kerana marahkan keadaan ketika itu. Kebetulan masa itu sedang hangat kisah artis sokong Israel.
“Jadi dah alang-alang saya buat keputusan untuk padam sajalah akaun IG itu, kononnya nak cari ketenangan.
“Sebenarnya ia satu kesilapan diri-sendiri, amarah. Akaun saya pada waktu itu sudah ada lebih 800,000 pengikut.
“Saya bercadang untuk buka akaun baru tetapi nak mulakan sesuatu yang baru bukan mudah.
“Cuma mungkin akan kembali aktif di Instagram dengan menggunakan nama syarikat. Yang sedia ada adalah TikTok dan Facebook,” katanya.
Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Konsert By Ajai & Mega Friends, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menyifaktan apa yang berlaku sebagai satu ujian, Hafiz pada masa sama mengakui ibunya adalah sumber kekuatan.
Katanya dia tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan seandainya ibunya tiada di sisi.
Kata Hafiz, kerana ibunya jugalah dia mengikuti Semi Final Muzik Muzik (SFMM)39 pada November lalu, jika tidak kerana dorongan ibunya, dia hampir menarik diri.
“Ibu yang sedang dalam bilik bedah untuk membuang kaki kirinya akibat kencing manis, sempat hubungi saya dan pujuk saya supaya teruskan bertanding dalam SFMM.
“Jika tidak kerana pujukan ibu, saya dah hampir tarik diri.
“Dalam keadaan dirinya sendiri yang kurang sihat, ibu masih risaukan keadaan saya dan kesihatan saya.
“Saya tak boleh bayangkan keadaan saya jika ibu tiada kerana dia adalah tempat saya bersandar,” katanya lagi.
Awal Januari lalu, Hafiz akhirnya membuka mulut apabila mengesahkan sedang dalam proses perceraian dengan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah.
Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata berusia 8 dan 5 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024 kembali lagi untuk memberikan pengiktirafan sekali gus meraikan para penggiat seni dan pembikin konten yang selama ini tak pernah putus menyajikan pelbagai karya dan kandungan menarik buat peminat.
Memasuki edisi ketiga penganjuran, GMWA2024 kali ini bakal mengangkat tema ‘Flex Your Art’ sebagai simbolik kepada kebebasan dalam berkarya.
Menurut Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, tema ini sebagai gambaran kepada semangat yang dipamerkan para finalis GMWA 2024 yang berani mencipta kelainan demi menghasilkan pelbagai karya dan kandungan yang mampu mencipta impak.
“Kami merasakan tema ini mewakili barisan calon GMWA2024 atas dasar keberanian mereka yang berani mengekspresikan diri secara positif.
“Mereka juga memberikan keyakinan dan menampilkan nilai-nilai yang sangat unik kepada para pengikut untuk berkongsi pelbagai kandungan tanpa batasan.
“Jadi, ‘flex your art’ dan tunjukkan seni anda kerana kita semua percaya disebalik setiap trend itu ada seninya,” katanya.
Syazwan berkata demikian pada sidang media dan pengumuman Top 5 GMWA2024 di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur ada Rabu.
Dalam pada itu, Ketua Kandungan Astro Gempak, Nazihah Dalhar pula menjelaskan, tema berkenaan juga bukan sahaja boleh diterjemahkan menerusi fesyen dan kandungan digital semata-mata, tetapi turut merangkumi pembinaan pentas utama.
“Seperti yang kita umumkan, GMWA2024 berkolaborasi dengan visual artis tempatan, Fritilldea.
“Jadi dia akan membantu kita merialisasikan tema ‘flex your art’ dengan sebaik mungkin, bukan sahaja dari segi visual tetapi untuk keseluruhan set”, katanya.
Malah, elemen seni ini juga digarapkan dalam kesemua persembahan pada malam kemuncak, termasuk penampilan bintang popular dari Indonesia sebagai kejutan.
“Kami kekal dengan ‘DNA’ kami iaitu untuk mempersembahkan lagu-lagu yang trending tetapi sudah tentu dalam persembahan tersebut kita akan bawakan juga elemen seni.
“Kesemua itu adalah kejutan dan tidak tak boleh nak maklumkan sekarang. Pada masa sama, kami juga teruja kerana berpeluang untuk mendapatkan nama-nama besar.
“Saya pasti ramai yang tertunggu-tunggu siapakan kejutan yang akan kita bawakan nanti. Ada tiga lagi nama yang kita tidak umumkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Syazwan turut mengulas mengenai penambahan beberapa kategori baharu GMWA 2024.
“Kategori baharu yang diperkenalkan adalah Digital Creator (Foodie) Tergempak, Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak dan Program Digital Tergempak.
“Jadi, kita ‘pecahkan’ digital creator itu supaya ia lebih fokus seterusnya mengiktiraf lebih ramai pembikin konten berkualiti,” katanya lagi.
Nazihah pula menambah, Anugerah Keluangman Of The Year turut diperkenalkan bagi memberikan penghargaan buat individu yang banyak berjasa kepada komuniti.
“Itu adalah kolaborasi kami bersama filem Keluangman yang akan ditayangkan pada tahun ini. Dalam kategori ini, kita ada lapan calon.
“Mereka ini memang mengangkat tema dan ciri-ciri Keluangman iaitu seorang superhero yang banyak berjasa kepada komuniti. Mereka tiada apa-apa yang istimewa tapi tetap membantu orang,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai hos GMWA2024 yang akan dikendalikan secara trio oleh Sean Lee, Amelia Henderson dan Sherry Al Hadad, Syazwan tidak menafikan keserasian yang wujud di antara mereka bertiga.
“Ramai yang beri reaksi baik susulan keserasian mereka bertiga di atas pentas. Sean Lee dan Amelia memang pengacara program berkenaan secara mingguan.
“Malah tahun lalu kita bawakan Sherry dan Zizan sebagai melengkapkan tema Y2K. Jadi bila nilai semula, kami merasakan kombinasi ini sangat menarik.
“Ketiga-tiga mereka juga mempunyai pengikut yang tersendiri dan sangat positif. Kita bukan tak mahu bawa Zizan tetapi dia akan terlibat dalam persembahan.
“Sebagai pembaharuan tahun demi tahun, sudah pasti ada perkara yang kita kekalkan dan perbaharui demi yang terbaik,” katanya lagi.
GMWA2024 bakal berlangsung pada 23 Febuari ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.
GMWA2024 bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.