“Emak Ayah Tak Mampu Jaga Anak OKU Kat Rumah Terlalu Lama,” – Sikap Pentingkan Diri, Fedtri Yahya Kesal

Share

Menerusi akaun Twitter milik pengacara, Fedtri Yahya, dia ada berkongsi sekeping foto yang memaparkan komen yang diberikan seorang pengguna media sosial yang ditinggalkan ketika siaran Facebook ‘Live’ ketika Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Doktor Noor Hisham Abdullah melaporkan perkembangan terkini kes wabak Covid-19 pada 1 Mei lalu.

Jelas individu berkenaan, sekolah khas juga perlu dibuka bagi kerana ada ibu bapa yang tidak mampu menjaga anak istimewa mereka di rumah dalam tempoh lama.

Lalu, respon yang diberikan didakwa berbaur negatif segelintir pihak.

“Sekolah pkki untuk kanak-kanak OKU tolong buka. Emak ayah tak mampu jaga nak-anak OKU kat rumah terlalu lama,” tulis individu berkenaan.

Lalu, hos dan penulis lirik berusia 37 tahun itu dia meluahkan rasa terhadap segelintir dari mereka yang dilihat terlalu mementingkan diri.

“Tanpa segan dan malu, ada ibu bapa komen begini ya. Tak sanggup jaga anak OKU di rumah.

“Guru pula jadi sandaran dan tempat melepas tanggungjawab,” tulisnya.

Pada masa yang sama, peminat turut berasa sedih dan kecewa, sekali gus turut memberikan reaksi terhadap perkongsian terbabit.

Foto: Twitter Fedtri Yahya

IKLAN